Siaran Akhbar

Kerajaan perlu lebih tegas tangani tuntutan China di Perairan/EEZ Malaysia

Sep 1, 2023

Parti Gerakan Rakyat Malaysia (PGRM) menggesa kerajaan supaya bertindak lebih tegas dalam isu-isu kedaulatan Negara yang ditimbul oleh negara China baru-baru ini, iaitu “perairan dan EEZ (zon ekonomi eksklusif) Malaysia dirangkumi dalam ‘Peta Standard China Edisi 2023’ ”.

Walaupun pihak kerajaan Malaysia telah berakata bahawa Malaysia tidak mengiktiraf tuntutan China di Laut China Selatan seperti digariskan dalam ‘Peta Standard China Edisi 2023’ dan telah janji akan menghantar nota bantahan pada negara China, tetapi tidakan tersebut jelas tidak cukup untuk menghentikan perangai provokasi yang terus berlaku dalam perairan negara kita, terutamanya dałam EEZ di Sabah dan Sarawak.

Ini bukan kali pertama China membuat perangai provokasi yang ke kawasan maritim Malaysia. Dalam tahun 2021, China pun telah menceroboh dengan menghantar 16 pesawat milik tentera udara China untuk membuât pelayaran di ruang udara Malaysia yang berdektan Sarawak.

GERAKAN mencadang kerajaan PH-BN dan Kementerian Luar supaya bukan sahaja menghantar nota batahan, tetapi juga memanggil Duta Besar China ke Malaysia untuk mendapatkan penjelasan terhadap perangai provokasi tersebut.

GERAKAN memandang serius terhapad sebarang isu kedaultan negara dan ingin menggesa Kerajaan PHBN untuk bertindak sedemikian untuk melindungi kedaulatan Negara kita.

Datuk Alexander Lo Su Hyen
Pengerusi Perhubungan GERAKAN negeri Sabah
Naib Presiden Parti GERAKAN