Siaran Akhbar

Rakyat mahu jawapan Anwar berkaitan kes Zahid Hamidi dilepaskan

Sep 5, 2023

Presiden Nasional Parti Gerakan Rakyat Malaysia YB Senator Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai berkata semasa bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad dan Perikatan Nasional (PN) berkuasa, mereka tidak sesekali campur tangan dalam kes rasuah yang melibatkan Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi.

Menurut beliau, PN mempunyai prinsip menjunjung tinggi sistem kehakiman negara berbeza dengan Perdana Menteri ke-10 Anwar Ibrahim.

Anwar bukan sahaja memalukan sistem kehakiman kita malah bekerjasama dan membebaskan perasuah yang telahpun disabitkan kesalahan.

Ahmad Zahid didakwa sejak Pakatan Harapan mula berkuasa pada 2018. Dalam tempoh itu negara kita mengalami ketidakstabilan politik sehingga empat orang perdana menteri telah dilantik.

Beliau hairan kenapa tiga bekas perdana menteri sebelum Anwar tidak campur tangan dalam perbicaraan Zahid Hamidi.

“Selepas Anwar jadi Perdana Menteri, pihak pendakwaan yang mewakili kerajaan perpaduan memohon kepada mahkamah untuk membebaskan Zahid Hamidi “.

“Saya nak tanya pemimpin Pakatan Harapan, kenapa Zahid dilepaskan? Kenapa Jabatan Peguam Negara (AGC) menggugurkan pertuduhan? Rakyat mahukan jawapan daripada Anwar Ibrahim kerana AGC dibawah pentadbiran Perdana Menteri” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, beliau mengatakan keputusan pilihan raya umum lalu, PN mengumumkan untuk bersedia bekerjasama dengan Barisan Nasional tetapi dengan syarat Zahid Hamidi letak jawatan dan berbeza pula dengan Anwar yang menegaskan kerjasama beliau tanpa syarat.

Walaupun pada ketika itu ada spekulasi mengatakan Zahid Hamidi akan menarik balik pertuduhan sebagai syarat kerjasama. Kini pihak pendakwaan memohon penarikan balik pertuduhan tanpa sebarang sebab setelah didapati bersalah atas 47 pertuduhan. Ini mengesahkan memang wujud komplot sebelum ini.

Dominic Lau menggesa pemimpin kerajaan campuran untuk berhenti menipu rakyat, menutup kebenaran dan membela Anwar. Hormati kedaulatan undang-undang dan sistem demokrasi supaya badan kehakiman bebas serta melindungi hak rakyat.

Hanya dengan cara ini Malaysia boleh mendepani krisis politik dan mencapai perpaduan dan pembangunan negara.