Siaran Akhbar

GERAKAN melantik Ahli Jawatankuasa Pusat

Sep 9, 2023

Parti Gerakan Rakyat Malaysia (GERAKAN) telah mengadakan Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Pusat pada hari ini, dan telah bincang beberapa pekara atau isu penting bagi hala tuju Parti Gerakan. Pada masa yang sama, AJK Pusat pun telah melantik naib presiden, setiausaha agung, bendahari nasional, speaker, timbalan speaker dan ketua biro bagi penggal 2023-2026.

Lantikan AJK pada hari ini termasuk 4 naib presiden, Dato’ Ranndy Yap, Datuk Parameswaran, Chek Kwong Weng dan Gary Lee Ban Faat. Selain itu, Loh Kah Yong telah dilantik sebagai Setiausaha Agung yang baharu dan Wendy Subramaniam sebagai Timbalan Setiausaha Agung. Bagi jawatan Bendahari Nasional, AJK Pusat GERAKAN telah melantik Hng Chee Wey untuk menjalankan tugas tersebut.

GERAKAN juga telah menubuhkan beberapa biro termasuk Biro Perkhidmatan Awam dan Unit Khas Aduan Nasional, Biro Pembangunan Perusahaan Kecil dan Sederhana, Biro Perpaduan Nasional, Biro Hak Asasi Manusia, Biro Pegawai Perhubungan Kerajaan dan sebagainya. Biro-biro ini akan menjalankan tugas mereka untuk mendengar suara rakyat, menggalakkan dialog antara kumpulan yang berbeza dalam pandangan, melaksanakan inisiatif yang dicadang oleh parti dalam bidang masing-masing.

AJK Pusat GERAKAN juga akan tetapkan KPI kepada biro masing-masing, mensistemkan proses jalan kerja supaya setiap biro dapat menjalankan tugas mereka dengan lancar dan berjaya, memaksimumkan hasil kerja walaupun dalam sumber yang terhad.

Dalam pada itu Dominic Lau menjelaskan, GERAKAN juga telah mencapai satu kesimpulan untuk menubuhkan ‘Special Task Force’ bagi persedian menghadapi PRU yang ke-16 akan datang.

Untuk itu, Naib Presiden GERAKAN Koo Shiaw Lee telah dipertanggungjawabkan untuk menggalas jawatan sebagai Pengarah Strategi Pilihan Raya Umum serta mengendali ‘War Room’ di setiap negeri.

Selain itu, kesemua ketua biro yang dilantik turut diberi tanggungjwab untuk membantu saya mengumpul isu dan masalah rakyat untuk dibangkitkan di Dewan Negara.
Walaupun tiada wakil rakyat saya akan memastikan keluhan rakyat sampai ke Dewan Rakyat melalui ahli Parlimen Perikatan Nasional yang lain.

Ini adalah peranan GERAKAN untuk membantu wakil-wakil rakyat Perikatan Nasional daripada BERSATU dan PAS sehingga PRU-16 nanti.

Dengan pelantikan AJK-AJK Pusat dan ketua biro bagi penggal ini, saya yakin bahawa Parti Gerakan Rakyat Malaysia boleh menjadi suara rakyat di Dewan Negara dan Dewan Rakyat.