Siaran Akhbar

Tindakan ‘kurang cerdik’ Kerajaan Madani kelirukan rakyat isu had umur PLKN

Nov 6, 2023

Naib Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia, Gary Lee Ban Fatt menyifatkan kerajaan mengelirukan rakyat apabila mengeluarkan kenyataan belia berumur 16 hingga umur 35 tahun boleh dikerahkan menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).

Disebabkan itu di media sosial, mengundang kecaman dan ketakutan sesetengah rakyat Malaysia terutamanya golongan belia yang berusia 20-an dan 30-an kerana mereka risau ia akan menjejaskan kerja atau menghalang perkembangan kerjaya dan turut mengakibatkan berkurangan pendapatan dan menjejaskan kehidupan.

Keadaan menjadi huru-hara di kalangan rakyat beberapa hari, Kementerian Pertahanan baru mengeluarkan kenyataan untuk menjelaskan dasar tersebut bahawa hanya remaja yang lahir pada 2007 akan dipanggil untuk menjalani PLKN.

“Kekeliruan di kalangan rakyat selepas dasar diumumkan telah berlaku berkali-kali sejak kerajaan Pakatan Harapan berkuasa. Ini jelas menunjukkan bahawa Menteri-Menteri Madani kurang komunikasi dengan pegawai yang menggubal dan melaksanakan dasar itu”

Kerajaan perlu mengumumkan pelan tersebut dengan lebih terperinci dasar PLKN 3.0 secepat mungkin dan GERAKAN berharap kerajaan boleh tinggalkan gaya “umum dulu, bangunkan butiran dasar kemudian” yang sering mengelirukan rakyat.

Gary Lee Ban Fatt
Nail Presiden
Parti Gerakan Rakyat Malaysia