Siaran Akhbar

Kerajaan Anwar sekali lagi menunjukkan sifat tidak jujur dan tidak boleh dipercayai.

Nov 29, 2023

Kenyataan media
29 November 2023

YB Senator Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai menyatakan bahawa kerajaan Malaysia Madani di bawah kepemimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menunjukkan sifat tidak jujur dan tidak boleh dipercayai dalam isu penghapusan tol lebuh raya.

Dr. Dominic Lau mengungkapkan kekecewaannya selepas menerima jawapan lisan Parlimen daripada Menteri Kerja Raya, Dato Sri Alexander Nanta Linggi, dengan menanyakan sejauh mana komitmen dan pelaksanaan yang telah diusahakan oleh Kementerian untuk mencapai matlamat penghapusan tol di lebuh raya.

Namun, jawapan Menteri tersebut mengecewakan kerana beliau dengan jelas menyatakan bahawa kerajaan tidak bercadang untuk menghapuskan tol lebuhraya. Jika tol dihapuskan, bukan sahaja perlu menanggung kos bayaran pampasan yang tinggi kepada syarikat konsesi, malah kerajaan turut perlu menanggung kos penyelenggaraan jalan selepas jajaran lebuhraya tersebut diambil alih.

“Dari pandangan ini, kerajaan dengan jelas memberitahu rakyat bahawa mereka tidak berniat untuk memenuhi janji-janji mereka sebelum pilihan raya. Oleh itu, janji-janji yang diumumkan oleh Pakatan Harapan sebenarnya hanyalah alat untuk menipu para pengundi,” kata Dr. Dominic Lau selepas menerima jawapan lisan dari Menteri Kerja Raya pada hari ini di Dewan Negara.

Tambah beliau, Menteri menjawab bahawa kerajaan telah menghapuskan lima plaza tol lebuhraya, tetapi sebenarnya, lima plaza tol tersebut telah dilupuskan antara tahun 2011 hingga 1 Januari 2018. Dengan kata lain, selepas Pakatan Harapan menjadi kerajaan, mereka tidak menghapuskan sebarang tol lebuh raya. Sebaliknya, langkah-langkah penghapusan tol yang disenaraikan oleh Menteri adalah sebelum Pakatan Harapan berkuasa.

Dr. Dominic Lau menyeru rakyat Malaysia, khususnya pengundi berbangsa Cina, supaya melihat dengan jelas wajah sebenar Pakatan Harapan dan tidak lagi mudah percaya kepada janji-janji yang kelihatan ikhlas tetapi sebenarnya sukar untuk dilaksanakan.

YB Senator
Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai
Presiden Nasional
Parti Gerakan Rakyat Malaysia