Siaran Akhbar

Pastikan tiada sebarang kejadian tidak dingini berlaku kepada mangsa-mangsa banjir di Negeri Johor

Jan 8, 2024

Parti Gerakan Rakyat Malaysia (GERAKAN) mengingatkan Kerajaan Negeri Johor untuk terus memastikan keselamatan dan tiada sebarang kejadian tidak dingini berlaku kepada mangsa-mangsa banjir di Negeri Johor.

Naib Presiden GERAKAN Koo Shiaw Lee berkata, ia susulan perkembangan laporan terkini berhubung jumlah mangsa banjir di Johor terus melonjak kepada 6,564 orang daripada 1,819 keluarga yang ditempatkan di 51 pusat pemindahan sementara (PPS) di enam daerah setakat 8 pagi ini.

“Saya berharap semua mangsa banjir selamat dan mengingatkan kawalan keselamatan, penambahan penguatkuasaan dibuat oleh Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Johor” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Namun sebagai pembangkang yang berperanan semak dan imbang, GERAKAN akan sentiasa mengikuti secara dekat perkembangan semasa mangsa-mangsa banjir serta bentuk pelaksanaan bantuan oleh Kerajaan Negeri Johor.
Pada masa yang sama, Kerajaan Negeri Johor juga turut memberi tumpuan dan perancangan selepas musim terkujuh iaitu mencari jalan menyelesaikan masalah banjir di negeri berkenaan.

Melihat perkembangan terkini, GERAKAN menggesa Kerajaan Negeri Johor segera menangani masalah berkenaan untuk jangka masa panjang termasuk persediaan ancaman fenomena limpahan air ke kawasan tanah rendah menjelang tahun 2050.

“Perangcangan jangka masa panjang sekaligus dapat menyelamatkan penduduk Johor daripada ancaman fenomena limpahan air laut ke zon tanah rendah di seluruh negeri menjelang 2050”

“PN mahu supaya Pelan Pembangunan Infrastruktur Menangani Banjir di Johor 2023-2050 digubal secara holistik, inklusif dan komprehensif kerana bencana banjir di negeri semakin memburuk saban tahun susulan faktor perubahan iklim global termasuk kadar hujan yang ekstrem” ujarnya.

Koo Shiaw Lee
Naib Presiden
Parti Gerakan Rakyat Malaysia