Siaran Akhbar

Adik Lim Guan Eng: Lim Hui Ying digesa letak jawatan sebagai timbalan menteri

Mac 28, 2023

GERAKAN menggesa Lim Hui Ying meletakkan jawatan sebagai Timbalan Menteri Pendidikan kerana gagal menjawab soalan serta memalukan Kerajaan.

Naib Presiden GERAKAN, Koo Shiaw Lee berkata, tindakan itu memalukan diri sendiri dan adakah itu kualiti seorang menteri Kerajaan Campuran.

“Ini adalah satu pembaziran kepada wang Kerajaan, menggajikan seorang timbalan menteri yang tidak mengambil serius terhadap tanggungjawabnya”

“Perkara sebegini tidak sepatutnya berlaku di dalam Dewan Parlimen, seorang timbalan menteri perlulah bersedia dengan apa jua soalan yang diberikan” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pada persidangan lepas, Lim Hui Ying tidak dapat menjawab soalan seorang Ahli Parlimen Pengkalan Chepa daripada Perikatan Nasional, Datuk Ahmad Marzuk Shaary mengenai peruntukan dan mekanisme pemantauan Rancangan Makanan Tambahan.

Koo Shiaw Lee berkata, soalan yang diberikan sepatutnya telah dibuat, tetapi Lim Hui Ying tidak membawa atau membacanya dan sepatutnya menyediakan jawapan tersebut dengan lebih awal.

“Ini menunjukkan Lim Hui Ying hadir ke Dewan Parlimen hanya sekadar syarat dan bukannya untuk selesaikan masalah rakyat”

“Tolonglah buat “homework” terlebih dahulu sebelum masuk Parlimen agar rakyat tidak nampak kamu tak buat kerja” ujarnya.

KOO SHIAW LEE
NAIB PRESIDEN PARTI GERAKAN RAKYAT MALAYSIA

Dilihat PAC lebih berfungsi daripada menteri kabinet Anwar

Dilihat PAC lebih berfungsi daripada menteri kabinet Anwar

Presiden Nasional GERAKAN, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai, berkata Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) lebih proaktif dalam menangani isu kenaikan kos insurans perubatan berbanding Kabinet. Adakah Perdana Menteri mahu PAC menggantikan tugas menteri dalam...

baca lagi