Siaran Akhbar

Akan usahakan Skim Pencen Atlet untuk menjamin kehidupan atlet selepas mereka bersara.

Jul 13, 2022

Presiden Nasional Parti GERAKAN, YB Senator Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai berkata Parti GERAKAN akan bersama dengan Menteri Belia dan Sukan dari Perikatan Nasional (PN) memperbaiki serta melaksanakan Skim Pencen Atlet untuk menjamin kehidupan atlet selepas mereka bersara.

Belian berkata, atlet mempunyai kerjaya yang singkat dan penubuhan Skim Pencen Atlet akan membantu mengurangkan beban atlet kebangsaan yang banyak berkorban demi kejayaan negara.

“Saya melihat ada dikalangan atlet yang telah bersara mengalami masalah kewangan sehingga terpaksa menjual pingat untuk menyara hidup. Saya rasa amat sedih terhadap isu ini”

“Saya juga bersetuju dengan pandangan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) bahawa adalah satu keperluan untuk memperbaiki dan melaksanakan Skim Pencen Atlet di Malaysia.”

Beliau membuat kenyataan di atas selepas berjumpa dengan Tan Sri Dato’ Sri (Dr.) Mohamad Norza Zakaria, Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM)

Bukan semua atlet mampu membina kerjaya dengan menjadi jurulatih selepas bersara. Mereka perlu mencari kerjaya lain selepas bersara demi menyara kehidupan apatah lagi skim bantuan yang sangat nipis seperti pencen bulanan.

Beliau berharap Dasar Sukan Negara kita dapat distabilkan supaya atlet-atlet boleh berdaya saing dalam pertandingan.

Selain itu, Dominic Lau turut menyebut bahawa situasi polarisasi kaum dalam sukan. Sebagai contoh, pasukan bola keranjang negara mempunyai hampir pemain Cina, manakala pasukan bola sepak negara didominasi oleh pemain Melayu. Ini bukan trend yang sihat.

“Saya berharap Kementerian Belia dan Sukan memberi perhatian kepada masalah ini, sebab sukan harus bebas unsur perkauman.”

Beliau berharap negara boleh memberi platform kepada golongan muda untuk menunjukkan bakat agar mencapai keputusan yang lebih cemerlang dalam sukan.