Siaran Akhbar

Ambil alih pemilikan harta intelek MySejahtera demi rakyat

Mac 31, 2022

Mengikut hak harta intelek MySejahtera, ianya dimiliki oleh KPISoft Malaysia Sdn Bhd yang kini dikenali sebagai Entomo Malaysia Sdn Bhd.

YB Senator Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai Presiden Nasional GERAKAN berkata, sejauh mana kesahihan kerajaan adalah pemilik tunggal aplikasi MySejahtera.

“Melihat kepada kejuruteraan aplikasi tersebut, ianya dimiliki oleh Entomo Malaysia.

“Semakan di laman Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mendedahkan bahawa pemegang saham Entomo Malaysia Sendirian Berhad adalah syarikat bernama Entomo Private Limited yang berasal dari Singapura” jelasnya ketika perbahasan berkenaan kontroversi keselamatan data peribadi dalam aplikasi MySejahtera..

Tambahnya, berkemungkinan juga, pemegang saham utama di syarikat tersebut juga datang dari Singapura.

Beliau ingin kerajaan menjelaskan adakah wajar kerajaan memberi akses kepada pihak swasta atau pihak ketiga dalam pengurusan dan pengendalian data peribadi kita, tambahan pula syarikat swasta yang berasal dari negara lain.

Ujarnya, keselamatan data peribadi, terutamanya data kesihatan yang direkodkan dalam aplikasi MySejahtera adalah penting, sulit dan harus kita lindungi bagi mengelakkan pihak ketiga yang berniat jahat daripada mengambil kesempatan dengan mencuri ataupun menyalah-gunakan data peribadi.

Menurutnya, sebaiknya kerajaan mengetengahkan pengaruhnya sebagai ‘pemilik tunggal aplikasi MySejahtera’ dan mengambil alih sepenuhnya pengurusan MySJ Sendirian Berhad daripada menandatangani kontrak lesen software selama lima tahun (sejak 2020).

Dalam pada itu, Dominic Lau turut menyuarakan pendapat mengenai penghapusan data MySejahtera sekiranya itu adalah langkah yang paling selamat agar data-data tidak jual atau dimiliki oleh pihak-pihak tidak bertanggungjawab.

YB SENATOR
DATUK DR. DOMINIC LAU HOE CHAI
PRESIDEN NASIONAL PARTI GERAKAN

7个月过去了 搜寻MH370重启行动呢?

7个月过去了 搜寻MH370重启行动呢?

  民政党全国主席拿督刘华才博士询问团结政府,是否已经与美国海底探测公司“海洋无限”(Ocean Infinity)代表会面?让遇难者家属了解恢复搜寻MH370的最新进展。 他说,交通部长陆兆福在今年3月初出席MH370失联10周年纪念活动上曾保证,会尽一切努力说服内阁成员,与“海洋无限”签署“无效果,不收费”的协议,以尽快重启搜寻行动。然而,陆部长在做出上述保证后就没有在告诉大家进一步详情和进展。...

baca lagi