Siaran Akhbar

“Anak beranak jaga wang negara” – Naib Presiden kritikan isu lantikan anak Perdana Menteri

Jan 30, 2023

Pelantikan Nurul Izzah Anwar sebagai penasihat kanan ekonomi dan kewangan Perdana Menteri Anwar Ibrahim boleh dianggap seperti anak beranak jaga wang negara.

Baljit Singh berkata, pelantikan tersebut tidak wajar kerana ramai lagi diluar sana yang layak memegang portfolio itu.

“Orang ramai akan mempersoalkan motif melantik anak perempuan sendiri sedangkan di Malaysia masih ramai bakat untuk mengisi kekosongan itu. Walaupun secara pro bono tetapi persepsi adalah yang utama. Bila masalah kroni dan nepotisme akan tamat di Malaysia???”

“Jangan bawa amalan parti anak beranak seperti yang diamalkan oleh Parti Keadilan Rakyat dan DAP dalam pentabiran kerajaan kononnya perpaduan ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Baljit Singh ia juga bertentangan dengan perjuangan Anwar Ibrahim sebelum ini mengenai urus tadbir baik, yang menghalang amalan nepotisme dalam pementerintahan

Baljit menambah, apa perbezaan keluarga Anwar dengan keluarga bekas presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang melantik anak perempuannya yang juga ahli perniagaan, Ivanka Trump sebagai penasihatnya pada 2017.

“Kalau dulu rakyat menggelar Najib Razak sebagai Donald Trump Malaysia. Kini saya merasakan sudah boleh ditukar kepada Anwar Ibrahim,” jelasnya.

“Rakyat masih ingat semasa berkempen Anwar sering berhujah mengenai anak orang melayu, cina, India, kadasan dan Iban sebagai anak dia.Sekarang sebagai Perdana menteri dia memilih anak sendiri.”