Siaran Akhbar

Anwar cakap tak seruba bikin isu sambung semula scandal LCS

Mei 29, 2023

Parti Gerakan Rakyat Malaysia mengkritik Perdana Menteri Anwar Ibrahim kerana cakap tak serupa bikin dan tidak mempunyai pendirian yang teguh.

Naib Presiden GERAKAN Koo Shiaw Lee berkata, semasa menjadi ketua pembangkang, Anwar Ibrahim menggesa projek LCS tersebut dihentikan serta merta. Selepas menjadi Kerajaan, Anwar menambah kos pula projek LCS sehingga RM11.2 billion.

“Dimanakah pendirian Anwar sebelum ini mengatakan projek LCS mempunyai skandal dan rasuah”

“Mungkin Anwar telah lupa sebab sekarang sudah bekerjasama dengan perasuah berbeza dengan sebelum ini, beliau seorang yang perangi rasuah” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengikut susulan anak syarikat BHB Boustead Naval Shjipyard, mereka telah menandatangani enam kontrak tambahan untuk projek tersebut.

“Mengapa Anwar masih ingin teruskan lagi projek LCS tersebut, sedangkan kita tahu bahawa ini akan membazirkan duit Kerajaan sahaja”

“Ini terang lagi bersuluh ada agenda tersembunyi atau mungkin untuk menyelamatkan Datuk Seri Zahid Hamidi yang terpalit dalam kes skandal LSC” tegasnya.

Koo Shiaw Lee
Naib Presiden
Parti Gerakan Rakyat Malaysia