Siaran Akhbar

Anwar Digesa Minta Maaf Kepada PN Atas Tuduhan Tidak Berasas Isu Dana Judi PRU15

Mei 26, 2023

GERAKAN menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta maaf secara terbuka mengenai isu dakwaan bahawa Perikatan Nasional (PN) mendapat sumbangan daripada dana judi pada Pilihan Raya Umum ke -15 (PRU15) lalu.

Semalam hasil siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendapati tiada unsur rasuah termasuk sumber dana oleh parti- parti dalam PN ketika PRU15.

“Jawapan yang diberi oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang Dan Reformasi Institusi) semasa persidangan Dewan Rakyat semalam telah membuktikan PN berada di pihak yang benar bukan sepertimana yang dikatakan oleh Kerajaan Campuran”

“Ini telah menunjukkan bahawa tuduhan yang dilemparkan oleh Anwar bertarikh 5 Disember 2022 tidak berasas. Hanyalah untuk menjatuhkan PN dan mengekalkan kuasa sebagai Perdana Menteri” katanya dalam satu kenyataan hari ini

Dalam pada itu, saya berterima kasih kepada Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang Dan Reformasi Institusi) Azalina Othman Said dan SPRM kerana menjalankan tanggungjawab dan siasatan dengan tulus dan jujur.

“Saya berharap selepas ini penyokong-penyokong PN tidak termakan atau terpengaruh dengan segala tuduhan-tuduhan yang lemparkan oleh Kerajaan Campuran” tegasnya.

“Mereka (Kerajaan Campuran) sudah mula goyang sebab itu hanya fitnah menjadi makanan agar PN buruk di mata rakyat” tegasnya.

Baljit Singh menggesa kesemua rakyat Malaysia untuk memberi pengajaran kepada Anwar Ibrahim dengan mengundi PN pada Pilihan Raya Negeri di enam negeri akan datang.

DATO’ BALJIT SINGH
NAIB PRESIDEN
PARTI GERAKAN RAKYAT MALAYSIA