Siaran Akhbar

Baljit Singh minta Nga Kor Ming jelaskan isu pengunaan logo DAP

Ogo 23, 2023

Logo mana-mana parti tidak sepatutnya di gunakan atau di letakan pada grafik sama ada secara langsung atau tidak langsung sekiranya itu adalah program Kerajaan.

Naib Presiden GERAKAN, Baljit Singh menggesa Nga Kor Ming menjelaskan kenapa diletakkan logo DAP pada replika cek yang dikeluarkan untuk beberapa buah sekolah di Ipoh Perak baru-baru ini.

“Rakyat Malaysia mahukan penjelasan daripada Nga. Adakah itu dana daripada Kerajaan ataupun DAP sendiri.

“Sekiranya daripada kerajaan, ini adalah perbuatan tidak bermoral mempolitikkan sumbangan dana daripada kerajaan demi ‘millage’ parti sendiri,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Baljit menambah, diharapkan Menteri Pembangunan dan Kerajaan Tempatan itu, tidak menggunakan kuasa yang diberi untuk kepentingan parti politik.

Sekiranya alasan dana itu digabungkan, tetap salah kerana terdapat ‘agenda’ politik. Sepatutnya diasingkan sumbangan daripada kerajaan dan parti politik.

Adakah di zaman PH-BN Madani ini, para menteri dibenarkan untuk guna duit rakyat dan duit kerajaan untuk tujuan kempen politik dalam premis atau program kerajaan.

Menurut beliau, GERAKAN sama sekali tidak menyoal mengenai bantuan yang diberikan kepada Sekolah-Sekolah Jenis Kebanggsaan Cina itu.

“Malahan harus dipuji kerana peruntukkan tersebut untuk penambahbaikkan sekolah-sekolah tersebut.

“Tetapi jangan politikkan kuasa yang diberikan. Berkhidmatlah sebagai menteri untuk semua. Bukan untuk mempromosikan DAP,” tegasnya.

Baljit Singh
Naib Presiden
Parti Gerakan Rakyat Malaysia

电子发票小商贩冲击大

电子发票小商贩冲击大

百货通膨,经济不景,电子发票(e-Invoice)制度一旦仓促全面落实,无疑是雪上加霜,不仅加重小贩及商家们的负担,对于年迈及生意不佳的小贩更是带来严重的冲击, 政府是要他们“提前结业”吗?

baca lagi
吉打夜市祈祷暂停营业 非穆商贩不受影响

吉打夜市祈祷暂停营业 非穆商贩不受影响

(亚罗士打24日讯)吉打州夜市小贩被指示从5月1日起在傍晚祈祷时段需暂停营业,吉打州华人事务行政议员黄佳祯指出,非穆斯林商贩和顾客不受此措施影响。

他强调,这项措施只限于穆斯林小贩和顾客,以让他们可在这时段进行祈祷。他说,如果非穆斯林贩商在穆斯林居多的夜市摆摊,在傍晚祈祷时段,非穆斯林贩商是可允许继续与非穆斯林顾客进行交易。

baca lagi
以华裔选民为主 民政攻 5火箭票仓

以华裔选民为主 民政攻 5火箭票仓

(吉隆坡24日讯)新古毛州席5个华裔选民为主的行动党大票仓,成为国盟尤其民政党全力攻坚的目标之一,希望能在补选时拉高国盟候选人在行动党大票 仓的得票率。

baca lagi