Siaran Akhbar

Bebaskan Malaysia daripada COVID-19 tanggungjawab bersama

Jun 26, 2021


Dengan penularan wabak COVID-19 yang semakin meruncing di negara ini, rakyat diingatan agar sama-sama melaksanakan tanggungjawab dalam memutuskan rantaian COVID-19.

Presiden Nasional Nasional Parti GERAKAN, Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai berkata, disiplin dan ketabahan rakyat amat diperlukan pada waktu kritikal ini.

“Rakyat jangan termakan dengan hasutan negatif yang dilontarkan oleh individu tidak bertanggungjawab itu.

“Sebaliknya kes-kes COVID-19 kita galas bersama kerajaan supaya dapat memutuskan rantaian COVID-19,” katanya pada sidang media selepas Program Kasih Kenyang yang diadakan di Bahagian Batu, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur hari ini.

Sejak Isnin lalu iaitu 21 Jun 2021 setiap Bahagian Parti GERAKAN telah mula turun padang untuk agihan sumbangan kepada pemohon.

Jadi hari ini di Batu kami telah mengagihkan kepada 71 isi rumah bermula pukul 9.00 pagi hingga 11.30 pagi di 2 lokasi, The Boulevard Sentul Raya dan Batu Permai Apartment.

Berbalik mengenai isu COVID-19 tadi, semua rakyat Malaysia harus mengambil anjakan paradigma iaitu dengan pengambilan vaksin kerana itu adalah antara inisiatif utama untuk mengurangkan risiko jangkitan COVID-19.

“Lebih baik, kita fokus pada kadar peratus pengambilan vaksin dan mengajak ahli keluarga serta kawan-kawan mendaftar vaksin.

“Sikap ini perlu ada pada setiap rakyat Malaysia sekarang kerana semakin ramai divaksin, semakin cepat kita tamatkan wabak ini,” tegas Dominic Lau.

Perkembangan lain, Dominic Lau itu menjelaskan, kerajaan tidak pernah gagal dalam mengawal pendemik COVID-19 ini seperti yang digambarkan pembangkang.

Negara kita telah mempunyai 6.66 juta dos vaksin berbanding Singapura hanya 5.03 juta. Manakala Myanmar pula mempunyai 2.99 juta dos vaksin, diikuti dengan Vietnam 2.92 juta dos vaksin dan akhir sekali Laos hanya 1.2 juta dos vaksin.

Jumlah tersebut diperoleh dari laman web “Our World in Data”, menyaksikan Malaysia mendahului senarai negara yang paling banyak dos vaksin COVID-19 di Asia Tenggara.

Oleh itu, Kerajaan Perikatan Nasional bukanlah gagal seperti pembangkang yang sentiasa menipu.

DATUK DR. DOMINIC LAU HOE CHAI
PRESIDEN NASIONAL PARTI GERAKAN

昌明政府卖掉马来西亚城以减少国债。

昌明政府卖掉马来西亚城以减少国债。

民政党全国主席拿督刘华才博士要求首相安华说明,我国2024年新债务从预算中的860亿令吉减少至768亿令吉,是不是因为政府出售大马城获得120亿令吉才促成国债缩减? 他说,政府有必要告诉民众政府是通过什么方式削减新债务,因为大家都晓得财政部以约120亿令吉的价格,将大马城出售给KLCC(控股)私人有限公司。巧的是,这120亿令吉正巧“填补了”政府借贷减少的92亿令吉。...

baca lagi