Siaran Akhbar

Belanjawan 2025 memberi impak negatif terhadap emosi rakyat

Okt 23, 2024

Belanjawan 2025 yang diumumkan oleh kerajaan MADANI amat berbeza dengan kerajaan sebelum ini. Walaupun bertemakan ”Membugar Ekonomi Menjana Perubahan Mensejahtera Rakyat”, namun ia bukan setakat merompak golongan kaya untuk membantu yang miskin, memberi kejutan kepada pengusaha IKS, malah turut disertakan satu bom jangka kepada penjawat awam yang sedang asyik dibuai mimpi indah kenaikan gaji.

Hari ini, Datuk Dr Dominic Lau bersama pemimpin-pemimpin GERAKAN telah mengadakan lawatan ke SME Malaysia Association di Subang Jaya dan disambut mesra oleh President SME Chin Chee Soong, timbalan presiden SME Dato Sri Ricky Yaw Chan Choy dan Naib presiden Datuk Wira Richard Lau, dan sama-sama berbincang mengenai keadaan semasa ekonomi di Malaysia.

Secara ringkas, Belanjawan 2025 tidak seindah seperti yang dikatakan oleh sesetengah pihak, sebaliknya ia memperkenal lebih banyak cukai baru. Antaranya, kerajaan menetapkan cukai dividen 2%, gaji minimum ditetapkan pada RM1,700, mewajibkan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk pekerja asing, semua ini boleh meningkatkan tekanan kos ke atas pengusaha.

Lembaga Tabung Simpanan Pekerja (CPF) Singapura sudah tidak menerima caruman pekerja warga asing, kenapa kerajaan Malaysia mengambil langkah kebelakang? Sekiranya kerajaan mahu meneruskan pelaksanaan caruman KWSP pekerja warga asing, kerajaan harus mewujudkan satu mekanisma yang tidak membebankan majikan, pada masa sama menetapkan peratus cukai yang harus dibayar untuk pekerja yang mahu mengeluaran keseluruhan caruman untuk pulang ke negara asal.

Terdapat 2.5 juta pekerja asing di negara ini, apabila kerajaan menguatkuasakan dasar baru, bermakna majikan terpaksa menanggung kos tambahan sekurang-kurangnya RM6.6 bilion setiap tahun. Mereka menyuarakan kebimbangan melalui dewan perniagaan, merayu kerajaan menangguhkan pelaksanaan caruman KWSP pekerja warga asing.

“Saya secara konsisten telah menyatakan berulang-kali, jikalau kerajaan mahu melihat kesejahteran rakyat terjamin, perlu memastikan pertumbuhan ekonomi yang stabil. Bila syarikat menjana keuntungan, semua orang mempunyai pekerjaan, kerajaan turut mendapat hasil cukai. Bagi memastikan kitaran ini berjalan dengan baik, penetapan gaji minimum tidak boleh terlalu membebankan majikan, terutamanya perusahaan mikro, kecil dan sederhana.”

Pihak pemerintah sentiasa menyatakan komitmen mereka untuk memajukan sektor pertanian. Kerajaan MADANI melalui pelbagai peruntukan dan insentif yang besar untuk mencapai hasrat ini, namun hakikat sebenar Malaysia masih jauh dari matlamat pemodenan pertanian. Adakah pegawai Kementerian Pertanian benar-benar memahami masalah yang dihadapi oleh pengusaha pertanian? Secara teori, jawapannya ialah ya, tetapi keadaan sebenar mungkin mengejutkan semua pihak.

Persoalan yang sama, adakah pegawai yang membantu kerajaan menyediakan laporan belanjawan 2025 benar-benar memahami masalah yang dihadapi oleh perusahaan kecil dan sederhana? Jawapannya mungkin adalah tidak semua memahami.

Semua lapisan masyarakat sedang menghadapi saat sukar, penyelarasan gaji minimum akan memburukkan lagi keadaan. Caruman KWSP untuk pekerja asing walaupun belum sampai tahap membunuh angsa yang mengeluarkan telur emas, tetapi adalah bersamaan meletakkan tali di leher pengusaha IKS. Kerajaan harus mendengar luahan dan memberi pertimbangan terhadap masalah yang dibangkitkan oleh pengusaha dengan teliti.

YB SENATOR
DR DOMINIC LAU HOE CHAI
PRESIDEN NASIONAL GERAKAN

Dilihat PAC lebih berfungsi daripada menteri kabinet Anwar

Dilihat PAC lebih berfungsi daripada menteri kabinet Anwar

Presiden Nasional GERAKAN, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai, berkata Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) lebih proaktif dalam menangani isu kenaikan kos insurans perubatan berbanding Kabinet. Adakah Perdana Menteri mahu PAC menggantikan tugas menteri dalam...

baca lagi