Slide Join Us Contribute Join Us Contribute

Siaran Akhbar

Beri diskaun yuran pengajian tinggi

Jun 2, 2020

Kuala Lumpur, 2 Jun- Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai menyarankan agar Kementerian Pendidikan Malaysia mempertimbangkan diskaun yuran pengajian tinggi untuk pelajar di Institusi Pengajian Tinggi. Cadangan itu dilihat sejajar dengan peralihan aktiviti pembelajaran secara atas talian oleh pihak KPT sejak PKP berkuatkuasa.

Oleh kerana tiada proses pembelajaran secara bersemuka dilakukan sehingga sekarang, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai berharap Kementerian Pendidikan sedia mempertimbangkan diskaun yuran sehingga 50% kepada semua pelajar untuk meringankan beban ibu bapa dan keluarga yang terkesan disebabkan oleh pandemik.

“Selain memberi diskaun, kerajaan juga boleh mempertimbangkan pulangan baki bayaran yuran secara tunai mahupun dibawa ke semester berikutnya untuk mengurangkan tekanan kos sara hidup dalam kalangan pelajar dan ibu bapa.”

Beliau berkata demikian dalam kenyataanya hari ini.

“Biarpun tindakan memberi diskaun dan pulangan bayaran yuran ini merugikan pihak universiti terutamanya Institusi Pengajian Tinggi Swasta, namun ia adalah jalan terbaik untuk membolehkan kedua-dua pihak mendapat manfaat bersama. Pihak kementerian wajar mempertimbangkan saranan tersebut untuk kepentingan bersama”

“Selain pernah menyuarakan pandangan supaya penangguhan bayaran yuran pengajian dilaksanakan, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai percaya pemberian diskaun dan pulangan bayaran yuran ini adalah solusi terbaik untuk menggalakkan pelajar terus menghabiskan pengajian di peringkat yang lebih tinggi biarpun dalam ‘new normal’ baharu. Sekaligus dapat membendung masalah peningkatan pengangguran”.

华人还会相信吗?

华人还会相信吗?

祖国斗士党署理主席拿督斯里慕克里兹表示不排除,马哈迪和公正党主席安华可能在下届大选合作.

baca lagi