Siaran Akhbar

Beri mesej kepada Kerajaan Madani tentang ketidakpuasan terhadap ketidak-adilan pentadbiran kerajaan

Jul 3, 2024

KENYATAAN MEDIA
3 JULAI 2024

Presiden Nasional Parti Gerakan Rakyat Malaysia, YB Senator Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai, menyeru pengundi Sungai Bakap untuk menggunakan peluang pilihan raya kecil ini bagi menyampaikan mesej kepada Kerajaan Madani tentang ketidakpuasan mereka terhadap ketidak-adilan pentadbiran parti keadilan sekarang.

Beliau mengingatkan pengundi bahawa sebaik sahaja pilihan raya kecil di Kuala Kubu Bharu berakhir, kerajaan mengumumkan kenaikan harga diesel. Dalam keadaan sebegini, Menteri Ekonomi Rafizi Ramli telah menyatakan bahawa kerajaan akan memberikan satu lagi “kejutan besar” kepada rakyat dalam pelaksanaan subsidi bersasar bagi RON 95.

Memandangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata bahawa kerajaan akan memerhati reaksi rakyat terlebih dahulu, maka pengundi di Sungai Bakap harus bersuara bagi pihak seluruh rakyat Malaysia bahawa semakin hari Kerajaan Madani gagal tadbir urus negara.

Tambahan pula, beliau menegaskan bahawa Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang memerlukan suara pembangkang yang lebih kuat. Sekiranya Sungai Bakap jatuh ke tangan Pakatan Harapan (PH), Kerajaan Negeri Pulau Pinang pasti akan bertindak sewenang-wenangnya.

Dominic Lau yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Pulau Pinang berkata dalam kempennya, beliau telah berinteraksi dengan ramai pengundi dan secara umum banyak menyuarakan rasa tidak berpuas hati tentang pentadbiran kerajaan.

“Pilihan raya kecil ini bukan sahaja tentang memilih wakil rakyat, tetapi juga merupakan referendum rakyat terhadap kerajaan”

“Walaupun Kerajaan Madani tidak mengiktiraf pilihan raya kecil sebagai referendum, pengundi perlu sedar bahawa jika mereka terlepas peluang ini, sukar untuk menyuarakan ketidakpuasan mereka kepada kerajaan”

Dalam pada itu, beliau menjelaskan PN mengamalkan pendekatan yang lebih praktikal dalam berinteraksi dengan pengundi berbanding dengan pendekatan “politik wang” yang digunakan oleh Kerajaan Perpaduan hari ini.

Biarpun berkali-kali Kerajaan Madani hari ini menafikan menjadi “BN 2.0”, namun cara berkempen PH di KKB dan Sungai Bakap menggunakan taktik biasa Barisan Nasional.

“Antaranya memainkan isu pembangunan, menganjurkan jamuan untuk memikat hati rakyat, mengagihkan sumber makanan dan peruntukan, serta menabur pelbagai janji yang disertai ancaman”

Pada masa yang sama juga, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution, berkata, sekiranya calon PH di Sungai Bakap, Johari’ dipilih, masalah urusan pendaftaran identiti penduduk Kampung Valdor lebih mudah diselesaikan.

Beliau menyoal pemimpin PH, sekiranya calon Perikatan Nasional menang adakah kerajaan akan sengaja menyusahkan penduduk Kampung Valdor dengan tidak meluluskan urusan pendaftaran identiti mereka?

Oleh itu, beliau berharap setiap pengundi Sungai Bakap menjadi wakil menyuarakan hati nurani seluruh rakyat Malaysia, membuktikan bahawa kerajaan pimpinan PH-BN adalah kerajaan gagal dan pengecut.

YB Senator
Datuk Dr.
Dominic Lau Hoe Chai
Presiden Nasional
GERAKAN

Dilihat PAC lebih berfungsi daripada menteri kabinet Anwar

Dilihat PAC lebih berfungsi daripada menteri kabinet Anwar

Presiden Nasional GERAKAN, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai, berkata Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) lebih proaktif dalam menangani isu kenaikan kos insurans perubatan berbanding Kabinet. Adakah Perdana Menteri mahu PAC menggantikan tugas menteri dalam...

baca lagi