Siaran Akhbar

Berjuang kebebasan Palestin, tapi masih sokong Israel

Ogo 2, 2024

Parti Gerakan Rakyat Malaysia (GERAKAN) menuntut penjelasan KEMENTAH mengenai penglibatan Tentera Laut Diraja Malaysia dalam latihan ketenteraan maritim antarabangsa (Rimpac) yang dinaungi oleh Amerika Syarikat turut disertai tentera Israel.

“Sebagai sebuah negara yang selama ini tegas memperjuangkan hak rakyat Palestin, tindakan ini bertentangan dengan prinsip dan pendirian Malaysia di peringkat antarabangsa”

“Ia juga mencetuskan persoalan mengenai ketelusan dan konsistensi dalam dasar luar negara. Kerajaan Madani tolong jangan hipokrit dalam memperjuangkan kemanusian seperti mana mereka hiprokrit dalam perjuangan politik”

Dalam pada itu GERAKAN berpendapat perjuangan Anwar Ibrahim mengenai isu Palestine se-akan tidak ikhlas dan hanya mahu meraih populariti. Beliau mengajak rakyat Malaysia turun sertai Himpunan Solidariti Palestin pada Ahad ini tetapi dibelakang tetap bekerjasama dengan latihan ketenteraan yang tentera Israel merupakan peserta.

Lebih baik Kerajaan Madani hari ini menumpukan cara untuk mengatasi kegagalan dan kelemahan mereka mentadbir urus negara terlebih dahulu. Jangan bertopengkan sokong dan solidariti, dibelakang tadbir ber-agendakan kerjasama!

Dato’ Baljit Singh
Naib Presiden GERAKAN

Dilihat PAC lebih berfungsi daripada menteri kabinet Anwar

Dilihat PAC lebih berfungsi daripada menteri kabinet Anwar

Presiden Nasional GERAKAN, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai, berkata Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) lebih proaktif dalam menangani isu kenaikan kos insurans perubatan berbanding Kabinet. Adakah Perdana Menteri mahu PAC menggantikan tugas menteri dalam...

baca lagi