Siaran Akhbar

BNM tidak sedar syarikat insurans naikkan premium?

Dis 11, 2024

Presiden Nasional GERAKAN, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai berpendapat jika syarikat insurans menaikkan premium tanpa mendapatkan kelulusan Bank Negara (BNM) terlebih dahulu, tindakan “langgar dahulu, minta maaf kemudian” ini bukan sahaja menunjukkan kelemahan dan kegagalan pengawasan Bank Negara , tetapi juga membuktikan syarikat insurans langsung tidak memandang serius BNM, seolah-olah hanya dianggap sebagai barang mainan.

Beliau mengingatkan bahawa BNM bukanlah seperti sloth dalam filem Disney Zootopia, yang bergerak perlahan dengan kelajuan hanya 2 meter seminit di daratan. BNM sepatutnya melaksanakan tanggungjawabnya sebagai badan pengawal selia dengan baik, dan bukannya bertindak seperti sesetengah pemimpin Pakatan Harapan yang gemar menyalahkan pihak lain serta lepas tangan apabila isu kenaikan kos perubatan membangkitkan kemarahan rakyat.

Beliau memberikan contoh bahawa sebuah kedai runcit yang menaikkan harga minyak masak 1 kilogram, walaupun hanya beberapa sen hingga beberapa ringgit, tetap tindakan diambil oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) melalui undang-undang. Namun, premium insurans yang melibatkan jumlah dari puluhan hingga ribuan ringgit sudah diberitahu kepada pelanggan melalui surat pemberitahuan. Adakah BNM tidak menyedari perkara ini? Tidak bercadang untuk meminta syarikat insurans memberikan penjelasan?

“Saya benar-benar tertanya-tanya, adakah BNM lambat sedar? atau sebenarnya sudah memberikan kebenaran kepada syarikat insurans untuk berbuat demikian?”

“Jika bukan kerana aduan daripada pelanggan, ahli parlimen, NGO, dan pemimpin parti melalui Parlimen dan media, kita tidak melihat sebarang tindakan daripada BNM”. katanya.

Dr. Dominic Lau dalam satu kenyataan hari ini, menegaskan kebanyakan syarikat insurans adalah syarikat antarabangsa, yang merupakan entiti korporat, dan mereka memahami bahawa insurans tertakluk kepada undang-undang. Mereka juga tahu bahawa sebarang kenaikan premium insurans mesti diberitahu kepada BNM. Walaupun untuk memperoleh keuntungan yang lebih tinggi, mereka tidak mungkin sengaja melanggar peraturan.

Beliau menambah, jika penjelasan BNM adalah benar, mengapa tindakan segera tidak diambil apabila pelanggan membuat aduan tentang menerima surat pemberitahuan kenaikan premium daripada syarikat insurans? Nampaknya BNM bukan sahaja bertukar daripada badan pengawal selia kepada entiti lemah, tetapi juga menjadi alat tambahan kepada syarikat insurans.

“Selain membuat keputusan segera mengenai isu premium, BNM harus menyemak semula terma tidak adil dalam polisi insurans yang memberikan hak kepada syarikat insurans untuk menaikkan premium” tegas beliau.

Pada masa yang sama, bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan dan KPDN untuk menyiasat mengapa kos perubatan meningkat tiga hingga empat kali ganda apabila menggunakan insurans.

Memandangkan masalahnya telah dikenal pasti, beliau menggesa BNM untuk memberikan perhatian dan segera menangani masalah ini. Berbaki hanya dua hingga tiga minggu sebelum memasuki tahun 2025, sekurang-kurangnya tetapkan keputusan awal supaya pelanggan boleh terus membayar premium lama untuk memperbaharui insurans mereka.

Datuk Dr.
Dominic Lau Hoe Chai
Presiden Nasional GERAKAN