Siaran Akhbar

Bubar Parlimen mengabaikan kepentingan rakyat

Okt 11, 2022

Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Parti Gerakan) kecewa dengan pengumuman pembubaran Parlimen yang menyebabkan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) perlu diadakan pada musim tengkujuh ini.

Presiden Nasional Parti Gerakan YB Senator Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai berkata keputusan Perdana Menteri Ismail Sabri membubarkan Parlimen hari ini membelakangkan kepentingan rakyat.

Apa yang dibuat oleh beliau jelas melanggar etika sebagai ahli politik yang meletakkan kepentingan rakyat di belakang demi untuk kembali berkuasa penuh.

Malah Pembentangan Bajet 2023 yang dibentangkan pada Jumaat lalu hanya atas kertas kerana belanjawan itu belum diluluskan.

Apa yang dibentangkan untuk rakyat itu tidak membawa apa-apa makna. Sepatutnya kerajaan fokus sepenuhnya pada belanjawan.

Tindakan yang gopoh dan tergesa-gesa ini sudah pasti akan memberi kesan yang buruk kepada rakyat.

Parti Gerakan menyifatkan PRU15 bukan keutamaan bagi menyelesaikan kemelut politik yang melanda Malaysia ini terutamanya ketika negara bakal berdepan dengan musim tengkujuh tidak lama lagi.

Walaubagaimanapun semua jentera-jentara dan semua peringkat akar umbi parti dan komponen Perikatan Nasional sudah bersiap sedia menghadapinya sebaik sahaja Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan tarikh pengundian.

YB SENATOR
DATUK DR DOMINIC LAU HOE CHAI
PRESIDEN NASIONAL PARTI GERAKAN