Siaran Akhbar

DAP Digesa Jangan Tembak Dalam Gelap, Reka Cerita Kucar Kacirkan Keadaan

Jun 23, 2021

Naib Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia Koo Shiaw Lee menggesa DAP tidak menembak dalam gelap dengan menimbulkan sentimen negatif terhadap kerajaan Perikatan Nasional terutama isu vaksin COVID-19.

DAP dilihat sering mengadakan cerita bahawa kerajaan PN gagal dalam mentadbir negara terutamanya dalam memerangi COVID-19.

“Mereka tidak tengok tv ke? Atau baca berita. Pelbagai pakej bantuan yang diumumkan kerajaan terutamanya dalam Pelan Pemulihan Negara.

“Semua tomahan itu dilihat hanya untuk kucar-kacirkan kerja kerajaan dalam memerangi COVID-19. Tetapi apa yang DAP bantu?” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Ketua Penerangan Parti GERAKAN berkata, baru-baru ini Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin ada mengeluarkan kenyataan faktor Malaysia masih tidak ramai rakyat divaksin disebabkan ketidakadilan pengagihan bekalan vaksin Covid-19 .

Menurutnya, kadar vaksinasi Malaysia bergantung kepada bekalan di mana semua bekalan terbabit dibolot negara di bawah Kesatuan Eropah (EU).

Ketidakadilan pengagihan bekalan vaksin Covid-19 menyebabkan negara Asia termasuk Malaysia ketinggalan berbanding negara yang bernaung di bawah EU.

Jadi bagi saya, kerajaan sudah membuat pelbagai strategi demi mencapai imuniti kelompok antara pembukaan pusat pemberian vaksin (PPV) mega.

Namun, sekiranya bekalan tidak mencukupi bukan salah kerajaan dan pembangkang tidak boleh memutar belitkan isu ini.

Lebih baik berbicang dan memikirkan buah fikiran yang bernas untuk kerajaan memutuskan rantaian COVID-19.

昌明政府卖掉马来西亚城以减少国债。

昌明政府卖掉马来西亚城以减少国债。

民政党全国主席拿督刘华才博士要求首相安华说明,我国2024年新债务从预算中的860亿令吉减少至768亿令吉,是不是因为政府出售大马城获得120亿令吉才促成国债缩减? 他说,政府有必要告诉民众政府是通过什么方式削减新债务,因为大家都晓得财政部以约120亿令吉的价格,将大马城出售给KLCC(控股)私人有限公司。巧的是,这120亿令吉正巧“填补了”政府借贷减少的92亿令吉。...

baca lagi