Siaran Akhbar

DAP hanya mementingkan kuasa dan tidak mempunyai prinsip yang kukuh.

Dis 5, 2022

Presiden Nasional Parti Gerakan Rakyat Malaysia, YB Senator Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai memaklumkan Setiausaha Agung DAP Anthony Loke pernah berkata “mereka hanya bincangkan agenda negara, bukan kes masing-masing”. Pelantikan Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri yang pernah disabit dengan 47 pertuduhan rasuah, salah laku dan pengubahan wang haram daripada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ini menunjukkan bahawa DAP hanya mementingkan kuasa dan tidak mempunyai prinsip yang kukuh.

Beliau menegaskan bahawa kenyataan Anthony Loke hanya menipu diri sendiri kerana Anwar Ibrahim melantik orang yang mempunyai kes mahkamah sebagai Timbalan Perdana Menteri. Ini telah menyebabkan rakyat Malaysia dan pelabur asing meragui prinsip Kerajaan Malaysia yang mengatakan memerangi rasuah.

“Setelah Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengumumkan senarai Barisan Kabinet Kerajaan Perpaduan, media antarabangsa melaporkan bahawa Kerajaan Malaysia melantik pemimpin yang pernah terlibat dengan rasuah sebagai Timbalan Perdana Menteri.”

“United Daily News (Taiwan media) dan Sing Tao Daily (Hong Kong media) juga menyiarkan topik ‘Anwar Ibrahim memegang Menteri Kewangan secara serentak. Presiden UMNO yang pernah terlibat dalam kes rasuah jadi Timbalan Perdana Menteri.’ Adakah Anthony Loke rasa perkara ini patut dibanggakan oleh rakyat Malaysia?”

Dominic Lau membuat kenyataan di atas dalam satu kenyataan hari ini.

Dominic Lau turut mempersoalkan DAP telah mengaibkan bekas Perdana Menteri iaitu Najib Razak kerana memalukan rakyat Malaysia dengan kes skandal 1MDB semasa menjadi Perdana Menteri. Jadi mengapa Anwar Ibrahim masih melantik Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri?

“Kenyataan Anthony Loke telah bercanggah dengan slogan kempen Pakatan Harapan semasa PRU15 iaitu, ‘Undi BN, Zahid Senang’.

“Mengapa Anwar Ibrahim mahu melantik musuh? Sedangkan dua bekas Perdana Menteri iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak melantik Zahid Hamidi yang terlibat dalam kes mahkamah.” turut soalnya.

PRESIDEN NASIONAL PARTI GERAKAN
YB SENATOR DATUK DR. DOMINIC LAU HOE CHAI