Siaran Akhbar

Dilihat PAC lebih berfungsi daripada menteri kabinet Anwar

Feb 17, 2025

Presiden Nasional GERAKAN, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai, berkata Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) lebih proaktif dalam menangani isu kenaikan kos insurans perubatan berbanding Kabinet. Adakah Perdana Menteri mahu PAC menggantikan tugas menteri dalam kerajaan?

“Prestasi menteri dalam Kabinet dapat dilihat dengan jelas oleh rakyat. Kementerian Kesihatan, Kementerian Kewangan, dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup yang sehingga hari ini masih belum mengambil sebarang langkah aktif”

“Sebaliknya PAC pula yang terpaksa menjalankan tugas kementerian. Ini adalah satu tindakan yang tidak wajar. Adakah Perdana Menteri Anwar Ibrahim benar-benar berpuas hati dan bersetuju dengan prestasi menteri yang pasif ini? katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, tindakan PAC mengadakan sesi pendengaran awam bagi mengumpul pandangan rakyat adalah satu langkah yang wajar dipuji. Mendekati mereka yang terjejas secara langsung lebih efektif dalam memahami situasi sebenar dan mengumpul maklumat yang berharga. Inilah yang sepatutnya dilakukan oleh kerajaan yang berorientasikan rakyat, bukannya sekadar duduk di pejabat berhawa dingin, membaca laporan, dan terus membuat keputusan.

Dominic Lau juga mempersoalkan sama ada lawatan mingguan Perdana Menteri Anwar ke pelbagai lokasi benar-benar dapat memahami isu rakyat secara menyeluruh. Beliau berpandangan bahawa pendekatan PAC lebih praktikal dan berkesan. Justeru, beliau mencadangkan agar menteri yang pasif digantikan dengan ahli PAC kerana mereka mungkin dapat menjalankan tugas dengan lebih baik.

Beliau menegaskan bahawa isu-isu yang membelenggu rakyat ketika ini memerlukan tindakan segera daripada menteri yang bertanggungjawab. Jika menteri terlalu sibuk dengan urusan rasmi, mereka boleh mengarahkan setiausaha, pembantu, atau pegawai kementerian untuk turun padang dan menilai keadaan sebenar. Hanya menunggu aduan daripada rakyat di pejabat tidak akan menyelesaikan masalah. Sebaliknya, usaha harus dibuat untuk mendekati rakyat dari pelbagai lapisan masyarakat bagi memahami cabaran yang mereka hadapi.

Sehubungan itu, Dominic Lau percaya bahawa walaupun inflasi dalam sektor perubatan tidak dapat dielakkan, reformasi struktur dan dialog praktikal dengan pihak berkepentingan boleh dijalankan. Yang lebih penting pada masa ini adalah Kementerian Kesihatan perlu memahami aduan pelanggan insurans mengenai caj perubatan swasta yang tidak terkawal serta menetapkan dasar yang lebih jelas mengenai kementerian mana yang bertanggungjawab terhadap kawal selia caj hospital swasta agar tidak terus mengelak daripada tanggungjawab.

Datuk Dr.Dominic Lau Hoe Chai
Presiden Nasional GERAKAN

不切实际更会徒增纷争,民政反对增设非伊事务部长

不切实际更会徒增纷争,民政反对增设非伊事务部长

民政党团结部主任拿督斯里贞德兰批评行动党议员邹宇晖建议拆分宗教事务部长职务,设立“非伊斯兰事务部长”,认为此举不仅无助于国家和谐,反而可能制造更多宗教纷争。他强调,政府应将精力放在解决人民生活成本问题,而非增加行政机构和国家开支。

baca lagi