Siaran Akhbar

Dominic gesa Perdana Menteri yang perjuangankan ‘reformasi itu’ tarik balik pelantikan Nurul Izzah

Feb 7, 2023

Baru-baru ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memberi jaminan bahawa pelantikan anak perempuannya Nurul Izzah tidak mungkin timbul salah guna kuasa.

Sehubungan itu, Presiden Nasional Parti Gerakan Rakyat Malaysia, YB Senator Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai menyatakan bahawa Perdana Menteri tidak perlu membuat kenyataan menyedapkan hati rakyat sebaliknya lebih baik menarik semula pelantikan adalah jaminan yang terbaik.

“Jika Anwar ikhlas untuk membendung gejala salah guna kuasa membabit peribadi, beliau harus menarik semula pelantikan itu, kerana tindakan adalah bukti terbaik”

“Anwar kata pelantikan Nurul Izzah tidak akan menyalahgunakan kuasa dan tidak sama sekali menggunakan kedudukan itu untuk mengumpul kekayaan dan mempengaruhi keputusan, tender, kontrak atau projek. Namun setakat yang saya tahu Nurul Izzah akan hadir mesyuarat tender kerajaan. Memandangkan ia tidak akan menjejaskan tender, mengapa lagi Nurul Izzah menghadiri mesyuarat yang berkaitan”?

Dominic Lau membuat kenyataan di atas dalam satu kenyataan hari ini.

Dominic Lau menegaskan Anwar telah mengulangi bahawa Nurul Izzah dilantik tanpa imbuhan, tetapi ini bukan masalah besar. Kini rakyat tanya mengapa melantik anak sendiri dan adakah negara kita sudah tiada pakar ekonomi atau kewangan.

“Saya tidak meragui bakat Nurul Izzah, tetapi beliau bukan pakar dalam bidang ekonomi dan kewangan. Mengapa Perdana Menteri melantik seorang yang tidak mempunyai pengetahuan profesional dalam bidang berkaitan.

Beliau turut memetik bahawa pelantikan penasihat adalah untuk mendapatkan cadangan dan pendapatan yang professional, jadi penasihat mesti mempunyai kepakaran dalam bidang berkaitan.

“Tiada orang akan melantik graduan kejuruteraan sebagai penasihat undang-undang, dan juga tiada orang akan melantik PhD undang-undang sebagai penasihat kardiologi”.

“Walaupun mereka tidak menerima sebarang elaun, anda beranikah menggunakan nasihat mereka”?

天气炎热人民用水电量增 王煦棱促折扣费用予民

天气炎热人民用水电量增 王煦棱促折扣费用予民

民政觉全国妇女组署理主席王煦棱指出,近数月来,我国天气炎热,人民用水量与用电量都无可避免增加了,加上水费与电费已大幅度调涨,生活成本又飙升,人民实在吃不消,因此促请政府应体恤人民,并寻求途径让国能与供水机构为人民提供特别折扣优惠,以减轻人民的沉重负担。

baca lagi
仍有机会重返为朝 民政不忘初衷面对挑战

仍有机会重返为朝 民政不忘初衷面对挑战

(吉隆坡26日讯)民政党主席拿督刘华才强调,该党在过去56年创党历史中,面对过一朝二野,从反对党到执政党,再由执政党换回反对党,这些都像是在考验全体党员的意志和信心,并且相信只要“不忘初衷”,万众一心面对挑战,有朝一日仍有机会重返为朝,继续为国为民服务。

baca lagi
槟水费没必要涨价 PBA应寻策应对高用水量

槟水费没必要涨价 PBA应寻策应对高用水量

(槟城26日讯)槟州民政党公共投诉局主任黄义恩指出,槟州供水机构首席执行员巴玛纳登所提出的“槟城人用水量高须涨水费”论,根本就是站不住脚的说法,因为更高用水量与需求量,表示槟州供水机构将收获更多水费,所以应该没有必要涨价!

baca lagi