Siaran Akhbar

Dominic kritik Kerajaan Madani belanja sehingga 6.3 juta untuk Majlis Rumah Terbuka Aidifitri

Mei 23, 2023

Presiden Nasional GERAKAN YB Senator Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai mengkritik Anwar Ibrahim kerana membelanjakan lebih 6.3 juta ringgit untuk Majlis Rumah Terbuka Aidilfitiri di enam negeri baru-baru ini.

Beliau berkata, 6.3 juta ringgit bukan jumlah yang kecil. Duit ini sebenarnya boleh digunakan untuk membantu golongan B40 dan M40 seperti menambah baik infrastruktur atau melabur dalam projek kebajikan masyarakat kita. Jadi, pembaziran seperti ini tidak boleh diterima.

“Masa dan lokasi untuk menganjurkan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri sudah jelas merupakan tujuan politik kerana turut mengadakan majlis ke tiga negeri, yang ditadbir oleh Perikatan Nasional iaitu Kedah, Terengganu dan Kelantan.

“Pelaksanaan ini telah menimbulkan keraguan sama ada majlis ini dibuat untuk mewujudkan perpaduan masyarakat yang pelbagai kaum dan agama, ataupun untuk menarik pengundi semata-mata. Agenda politik ini bukan sahaja membazir duit kerajaan, tetapi juga mendorong kepada ketidakpercayaan politik dan perpecahan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Daripada menggunakan duit kerajaan untuk menganjurkan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri sehingga enam negeri, Dominic Lau menegaskan, sepatutnya Anwar Ibrahim perlu memberi perhatian kepada keperluan rakyat yang utama.

“Anwar boleh mencipta dasar dan program untuk mengurangkan beban golongan B40 dan M40 dan memberi pendidikan dan perubatan yang lebih baik serta menggalakkan pembangunan ekonomi bagi mewujudkan lebih ramai peluang pekerjaan. Langkah ini sepatutnya dilakukan oleh seorang Perdana Menteri yang bertanggungjawab”

“Tindakan Anwar untuk menganjurkan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di Kedah, Terengganu dan Kelantan bukan sahaja membazir duit kerjaaan, tetapi juga satu agenda politik yang sangat jelas. Pendekatan ini juga tidak memenuhi keperluan sebenar negara kita, malah ia tidak mendorong kepada perpaduan dan kestabilan.

Dominic menyeru Kerajaan Campuran memberi tumpuan kepada kesejahteraan rakyat, bukannya membazir duit kerajaan untuk kepentingan peribadi (kekalkan kuasa) atau parti politik.

YB Senator
Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai
Presiden Nasional
Parti Gerakan Rakyat Malaysia