Slide Join Us Contribute Join Us Contribute

Siaran Akhbar

Dominic Lau menggesa Kerajaan campur tangan terhadap kenaikan tambang Grab kepada 300%

Mei 21, 2022

Presiden Nasional Parti Gerakan, YB Senator Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai terkejut dengan laporan yang berita mengenai tambang e-hailing Grab meningkatkan 300% pada waktu sibuk dan menggesa kerajaan campur tangan supaya tidak membebankan rakyat.

Beliau menegaskan bahawa harga semasa perkhidmatan e-hailing kurang ketelusan, dan harga perkhidmatan e-hailing dikawal sepenuhnya oleh penyedia perkhidmatan. Ini bukan sahaja membahayakan hak kepada pengguna, tetapi juga mendedahkan pemandu e-hailing kepada kemungkinan dieksploitasi. Contohnya, penyedia perkhidmatan e-hailing mengenakan komisen yang berlebihan kepada pemandu, dan pemandu dengan komisen yang lebih tinggi mendapat lebih sedikit.

“Persekutuan Pengguna Malaysia (FOMCA) berpandangan bahawa kerajaan harus menggubal garis panduan untuk mengawal selia caj bagi perkhidmatan e-hailing, termasuk jumlah komisen yang dikenaikan oleh syarikat e-hailing kepada pemandu untuk mengelakkan manipulasi pasaran oleh penyedia perkhidmatan e-hailing. ”

Beliau membuat kenyataan di atas dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, selain merangka garis panduan tambang e-hailing, kerajaan juga perlu merangka beberapa dasar untuk menggalakkan lebih ramai orang menyertai industri e-hailing bagi memastikan keseimbangan antara penawaran dan permintaan dalam industri ini.

“Harga Grab akan meningkat pada masa tertentu kerana permintaan tinggi dan kurang pemandu. Jika tidak mempunyai pemandu yang mencukupi untuk memenuhi bilangan pelanggan yang semakin meningkat, ini berkemungkinan akan menaikkan harga secara kekal. Kita tidak mahu melihat perkara itu berlakunnya.”.

Beliau juga menggalakkan orang ramai menjadi pengguna yang bijak dengan memuat turun aplikasi e-hailing yang lain agar mendapatkan perkhidmatan terbaik pada harga paling berpatutan.

Selain itu, beliau turut menyarankan pengguna boleh menggunakan perkhidmatan teksi pada waktu puncak, kerana teksi dikenakan bayaran mengikut perpatutan dan tidak ada kononnya waktu puncak, jadi caj akan lebih munasabah.

YB SENATOR
DATUK DR DOMINIC LAU HOE CHAI
PRESIDEN NASIONAL GERAKAN