Siaran Akhbar

Fokus Dalam Membina Daya Tahan Masyarakat Dan Kurangkan Pembiayaan Kepada Projek ‘Gajah Putih’ Yang Tidak Menguntungkan Rakyat

Jan 27, 2022

Presiden Nasional GERAKAN, Senator Datuk Dr. Dominic Lau dalam satu kenyataan hari menyentuh isu berkenaan dengan pembinaan bangunan pejabat yang berlebihan yang kian dianggap sebagai projek ‘gajah putih’ terutamanya di kawasan Lembah Klang. Beliau berkata, pandemik telah membuktikan bahawa pusat membeli belah yang berlebihan dan menara pejabat yang dibina tanpa kawalan dianggap tidak mampan dari segi kewangan, kerana adanya keperluan lain yang lebih penting, fokus institusi kewangan perlu dalam pembangunan masyarakat secara umum.

Di Kuala Lumpur, dikatakan jumlah penawaran kumulatif bagi pasaran pejabat melebihi 91.7 juta kaki persegi, persoalannya adakah terdapat permintaan yang sewajar dengan penawarannya? Pandemik telah memaksa banyak perniagaan, untuk mengamalkan polisi bekerja dari rumah, dengan menekankan digitalisasi. Ia bermaksud pihak majikan tidak perlu bangunan pejabat lagi.

Pengajaran daripada COVID-19 kepada institusi kewangan adalah untuk tidak membiayai projek ‘gajah putih’ yang kian tidak memberi pulangan, banyak yang terbengkalai, sebaliknya tumpuan perlu diberi dalam membantu rakyat serta membina semula kehidupan mereka dengan segera, pasca pandemik.

Tambah Senator Datuk Dr. Dominic Lau, institusi kewangan perlu mengalihkan fokusnya dalam memperbanyakkan pembiayaan kepada perniagaan kecil dengan kadar faedah yang rendah dan juga memudah-carakan kriteria kelulusan pinjaman, menekankan pendigitalan, membantu kerajaan dalam membina daya tahan dalam ekonomi tempatan. Apabila taraf kehidupan rakyat meningkat, ia sekaligus akan memakmurkan ekonomi negara.

Dr. Dominic Lau juga berpendapat bahawa salah satu cara institusi kewangan dapat membantu rakyat dalam proses pemulihan yang mampan pasca pandemik adalah dengan melanjutkan moratorium yang di jadualkan berakhir hujung bulan ini. Dalam kala pasca pandemik, adalah penting untuk memberi ruang yang secukupnya kepada rakyat merangka dan mencari penyelesaian kewangan yang terjejas. “Kita dalam fasa pemulihan, penelitian melanjutkan moratorium adalah penting”.

YB Senator Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai
Presiden Nasional Parti Gerakan Rakyat Malaysia

昌明政府卖掉马来西亚城以减少国债。

昌明政府卖掉马来西亚城以减少国债。

民政党全国主席拿督刘华才博士要求首相安华说明,我国2024年新债务从预算中的860亿令吉减少至768亿令吉,是不是因为政府出售大马城获得120亿令吉才促成国债缩减? 他说,政府有必要告诉民众政府是通过什么方式削减新债务,因为大家都晓得财政部以约120亿令吉的价格,将大马城出售给KLCC(控股)私人有限公司。巧的是,这120亿令吉正巧“填补了”政府借贷减少的92亿令吉。...

baca lagi