Siaran Akhbar

GERAKAN Akan Memastikan Penduduk Di Parlimen Batu Dapat Bantuan Secukupnya

Jul 7, 2021

p

Parti Gerakan Rakyat Malaysia bersama komponen parti Perikatan Nasional, BERSATU dan PAS serta juga Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) akan memastikan penduduk di Parlimen Batu, Kuala Lumpur mendapat bantuan yang secukupnya.

Presiden Nasional merangkap Ketua Bahagian Batu Parti GERAKAN, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai berkata semasa mengadakan Persidangan Perwakilan Bahagian Batu Parti GERAKAN, pelbagai program dan bantuan telah dihulurkan demi memastikan kebajikan rakyat terjaga.

“Antara program tahun ini adalah kerjasama dengan komponen Perikatan Nasional yang lain seperti jamuan berbuka puasa, lawatan dan sumbangan di bazar Ramadan, program kasih kenyang, program helping hand kepada gelandangan, lawatan dan sebagainya.

“GERAKAN juga bersama komponen parti PN dan beberapa NGO dalam perancangan untuk membuat pelbagai aktiviti lagi bagi membantu penduduk di kawasan terbabit yang terkesan dengan COVID-19,” ujarnya dalam satu kenyataan selepas mengadakan Persidangan Perwakilan Bahagian Batu Parti GERAKAN baru-baru ini.

Terbaharu, seramai 71 isi rumah telah menerima manfaat berupa barangan keperluan asas melalui Program Kasih Kenyang kendalian Parti GERAKAN yang dilancarkan sejak Jun lalu.

Dalam perkembangan lain, GERAKAN akan terus bertandingan di Bahagian Batu dan akan memastikan calon yang terbaik serta memberi tantangan hebat kepada pesaing.

GERAKAN percaya akan dapat menawan hati rakyat dan kembali merampas kerusi di Bahagian Batu itu kerana sekarang rakyat sudah boleh menilai mana batu atau permata.

Dalam pada itu, orang ramai sekitar Kuala Lumpur dan Selangor ingin membuat aduan masyarakat dan sosial boleh hubungi GERAKAN Careline di talian (010-825 2278).

Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai
Presiden Nasional Parti GERAKAN

昌明政府卖掉马来西亚城以减少国债。

昌明政府卖掉马来西亚城以减少国债。

民政党全国主席拿督刘华才博士要求首相安华说明,我国2024年新债务从预算中的860亿令吉减少至768亿令吉,是不是因为政府出售大马城获得120亿令吉才促成国债缩减? 他说,政府有必要告诉民众政府是通过什么方式削减新债务,因为大家都晓得财政部以约120亿令吉的价格,将大马城出售给KLCC(控股)私人有限公司。巧的是,这120亿令吉正巧“填补了”政府借贷减少的92亿令吉。...

baca lagi