Siaran Akhbar

GERAKAN akan memastikan pengundi bukan Melayu akan mengundi calon Perikatan Nasional

Nov 19, 2023

Parti Gerakan Rakyat Malaysia akan memastikan pengundi bukan Melayu akan mengundi calon Perikatan Nasional Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar pada Pilihan Raya Kecil P.40 Kemaman.

GERAKAN sedar walaupun pengundi bukan Melayu hanya tiga peratus daripada jumlah keseluruhan 141,000 tetapi ia menjadi kewajipan buat kami bukan sahaja untuk menarik undi malah memberi pemahaman dan penerangan mengenai ideologi Perikatan Nasional terutamanya manifesto calon.

Sehubungan itu, Ahli Jawantankusa Kerja GERAKAN telah melantik Naib Presiden Oh Tong Keong untuk mengetuai jentera parti kali ini bagi membantu calon Perikatan Nasional di PRK Kemaman dan GERAKAN sudah mengenal pasti kawasan yang harus di beri penekanan.

“Kami sudah mengenal pasti dan akan buat perjumpaan dengan beberapa pihak termasuk persatuan dan pertubuhan bukan kerajaan di kawasan terbabit” katanya pada sidang media Sambutan Rumah Terbuka Deepavali anjuran Parti Gerakan Rakyat Malaysia peringkat kebangsaan.

Selain itu, pada mesyuarat Ahli Jawatankusa Pusat yang dijadualkan esok, GERAKAN akan membuat penyusunan jadual kesemua jentera parti di seluruh negara untuk membantu calon Perikatan Naisonal Dr. Sam.

Dalam pada itu, walaupun GERAKAN yakin kali ini kemenangan berpihak kepada Perikatan Nasional namun GERAKAN sama sekali tidak memandang rendah pihak lawan daripada Barisan Nasional.

YB Senator
Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai
Presiden Nasional Parti Gerakan Rakyat Malaysia

Dilihat PAC lebih berfungsi daripada menteri kabinet Anwar

Dilihat PAC lebih berfungsi daripada menteri kabinet Anwar

Presiden Nasional GERAKAN, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai, berkata Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) lebih proaktif dalam menangani isu kenaikan kos insurans perubatan berbanding Kabinet. Adakah Perdana Menteri mahu PAC menggantikan tugas menteri dalam...

baca lagi