Siaran Akhbar

GERAKAN Akan Terus Bantu Gelandangan Dan Mereka Yang Terkesan Akibat Pandemik COVID-19

Ogo 6, 2021

Parti Gerakan Rakyat Malaysia sentiasa memastikan golongan gelandangan tidak terabai terutamanya dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakkan ini.

Presiden Nasional Parti GERAKAN, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai berkata, beliau mengagihkan 100 pek makanan kepada penghuni kecil di kota metropolitan itu yang barangkali sudah berhari-hari kelaparan.

“Semua ini dibuat atas dasar kemanusian dan tanggungjawab sesebuah parti bagi memastikan golongan kurang bernasib baik itu menikmati makanan sihat.

“Usaha ini akan diteruskan dari masa ke semasa, GERAKAN akan memastikan kebajikan mereka dijaga. Kami berkhidmat demi rakyat tidak mengira sesiapa pun,” katanya dalam satu kenyataan pada Program Helping Hand GERAKAN di Public Bank Chow Kit Kuala Lumpur semalam.

Menurutnya, sumbangan makanan seperti barangan keperluan asas, buahan-buahan dan nasi berlauk memang dilakukan GERAKAN setiap minggu mengikut kawasan.

Malah, tidak dinafikan sejak Program Helping Hand GERAKAN aktif membela nasib gelandangan, banyak pihak membuka mata dan ada yang turut sama membantu menghulur tangan meringankan golongan tidak bernasib baik ini.

Dalam perkembangan lain, GERAKAN menjelaskan, walaupun dalam kesulitan Malaysia menangani COVID-19, namun negara masih menerima kredit berdaulat oleh Fitch Ratings sebagai BBB+ dan didukung sebagai anggota dari world government bond index (WGBI).

Selain itu, Malaysia telah mengekalkan lebihan selama 20 tahun terakhir, termasuk lebihan akaun sebanyak 1.848 bilion token yang dicatatkan pada tahun 2020, menyumbang 42% daripada produk domestik kasar (GDP).

Dalam pada itu, GERAKAN menyeru kerajaan juga memberi fokus kepada gelandangan tersebut seperti bantuan kewangan dan yang lebih tepat menyediakan tempat perlindungan.

Ia sekaligus mendapat mengelakan golongan gelandangan ini terkena jangkitan COVID-19 sekiranya mempunyai tempat atau kawasan yang dijaga dan selia dengan baik.

Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai
Presiden Nasional Parti GERAKAN