Siaran Akhbar

GERAKAN Cadang Kerajaan Guna Perubatan Cina Untuk Tangani Covid-19

Ogo 27, 2021

Parti Gerakan Rakyat Malaysia semalam mengadakan perbincangan secara maya dengan Persatuan Perubatan Cina Malaysia.

Presiden Nasional GERAKAN, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai berkata, ubat tradisional Cina dianggap sebagai satu bentuk perubatan alternatif untuk rawatan Covid-19.

“Semalam saya telah mengadakan perbincangan dengan Persatuan Perubatan Cina Malaysia dan sebenarnya banyak symptom Covid-19 dapat dikurangkan sekiranya mengamalkannya.

“Saya akan mencadangkan kepada kerajaan melalui Kementerian Kesihatan untuk memperkenalkan perubatan Cina sebagai rawatan tambahan pesakit Covid-19.” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berharap kerajaan dapat mempertimbangkan perkara ini kerana ia adalah salah satu alternatif tambahan dalam dunia perubatan untuk mencegah atau merawat Covid-19.

Ini kerana di negara China, perubatan ini digunakan untuk memerangi wabak COVID-19 dan telah mencapai keputusan yang baik.

Pada akhir sesi, Dr. Dominic Lau Hoe Chai menyatakan harapannya dengan kerjasama tiga pihak, perubatan Cina dapat memainkan peranan yang lebih penting dalam memerangi wabak di Malaysia.

“Perubatan Tradisional Cina dapat meningkatkan sistem penjagaan kesihatan Malaysia untuk melawan COVID-19 dan berusaha mencapai tujuan mereka untuk mencapai kekebalan kawanan secepat mungkin.”

Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai
Presiden Nasional GERAKAN