Siaran Akhbar

Garis panduan yang boleh memperkukuhkan hubungan harmoni antara kaum

Feb 6, 2025

Naib Presiden GERAKAN, Datuk Parameswaran berpendapat pemimpin politik seharusnya berusaha untuk menghapuskan segala bentuk diskriminasi kaum dan jurang agama, mencapai konsensus nasional, memperkukuhkan kepelbagaian, keadilan, dan keterangkuman.

Beliau menyuarakan kebimbangannya terhadap garis panduan yang sedang dirangka mengenai penglibatan umat Islam dalam perayaan dan upacara pengebumian di rumah ibadat bukan Islam. Beliau berharap garis panduan baharu ini bukan tujuan politik tertentu.

“Era 2025 tidak seharusnya dipenuhi dengan sekatan yang tidak perlu, sebaliknya dialu-alukan garis panduan yang boleh memperkukuhkan hubungan harmoni antara kaum”

“Sebagai rakyat Malayaia ‘non muslim’ dan menjunjung perlembagaan serta menghormati agama Islam agama perseketuan, pihak bertanggungjawab seharusnya memberi penerangan yang jelas mengenai ini supaya tidak disalah erti” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah beliau, Anwar sebagai Perdana Menteri bergama Islam mesti memastikan bahawa garis panduan ini selari dengan ajaran Islam, tetapi pada masa yang sama tidak menjejaskan keharmonian yang telah lama terjalin antara kaum.

Dalam pada itu, beliau memahami setiap agama mempunyai ajaran tentang apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan. Diharapkan intipati dalam garis panduan ditetapkan nanti biarlah berlandaskan agama Islam yang sebenar bukannya digubal oleh tangan manusia politik.

Beliau menegaskan bahawa setiap menteri, tidak kira kementerian mana yang mereka terajui, bertanggungjawab dalam mengekalkan keharmonian kaum. Semua parti politik perlu bekerjasama dan mengawal tindakan yang boleh mencetuskan ketidakpuasan hati dalam kalangan rakyat.

“Negara kita adalah sebuah masyarakat yang berbilang budaya dan agama, masih terdapat segelintir individu yang tidak menghormati kepercayaan dan pantang larang agama lain”

“Walau apa pun, saya menasihatkan rakyat pelbagai kaum perlu saling menghormati, memahami sensitiviti agama masing-masing, serta mengamalkan sikap toleransi dan persefahaman demi mengekalkan kestabilan negara dan keharmonian sosial” tegasnya.

Datuk Parameswaran
Naib Presiden
GERAKAN

Dilihat PAC lebih berfungsi daripada menteri kabinet Anwar

Dilihat PAC lebih berfungsi daripada menteri kabinet Anwar

Presiden Nasional GERAKAN, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai, berkata Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) lebih proaktif dalam menangani isu kenaikan kos insurans perubatan berbanding Kabinet. Adakah Perdana Menteri mahu PAC menggantikan tugas menteri dalam...

baca lagi