Slide Join Us Contribute Join Us Contribute

Siaran Akhbar

GERAKAN hantar jentera dan bakul makanan, bantu mangsa banjir di Baling Kedah

Jul 15, 2022

Presiden Nasional Parti GERAKAN, YB Senator Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai membuat lawatan ke kawasan bencana banjir di Kupang Baling, Kedah semalam untuk menghantar kali kedua barangan bantuan kepada mangsa supaya bekalan makanan dan keperluan harian mangsa bencana dapat dijamin.

Beliau berkata, lawatan pertama barangan bantuan telah dihantar oleh Pemuda Parti GERAKAN ke mangsa banjir kilat tersebut, dan kali ini telah memberi 80 bakut makanan untuk diberikan kepada mangsa banjir.

“Semasa saya turun padang untuk memberi barangan sumbangan kepada mangsa banjir, saya berasa amat simpati terhadap mangsa-mangsa di Baling.”

“Parti GERAKAN akan terus membantu mangsa tersebut supaya mereka dapat menjalani kehidupan seperti biasa.”

Beliau membuat kenyataan itu di atas selepas memberi barangan sumbangan kepada mangsa banjir.

Pemimpin yang bersama beliau menziarahi kawasan banjir adalah, Saudara Marimuthu Selvan, Pengerusi Perhubungan Negeri Kedah Parti GERAKAN, Mohd Taufik Bin Haji Yaacob, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Bersatu Negeri Kedah merangkap Ketua Bahagian Bersatu Baling, Ustaz Muhamad Hilmi bin Abd Wahab, Pengarah Pilihan Raya PAS Negeri Kedah dan Saudara Lee Choon Fatt, Ketua Bahagian Baling Parti GERAKAN untuk membantu mangsa-mangsa banjir tersebut.

Antara sumbangan yang diberikan adalah berbentuk bekalan makanan, air minuman dan keperluan harian untuk membantu mangsa banjir di Baling.

“Kami akan menghantar barang bantuan ke kawasan bencana secara berperingkat dan kerja-kerja sumbangan tengah dipergiatkan.”

Beliau turut mengambil kesempatan untuk mengalu-alukan sumbangan daripada orang ramai supaya dapat memberi bantuan lebih banyak kepada mangsa-mangsa banjir di Baling.

Sekali lagi, saya mendoakan mangsa-mangsa tabah menghadapi dugaan ini.

YB Senator Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai
Presiden Nasional Parti GERAKAN Rakyat Malaysia