Siaran Akhbar

GERAKAN meminta klarifikasi Anwar mengenai tempoh konsesi lebuhraya dipanjangkan

Mei 14, 2023

Presiden Nasional GERAKAN YB Senator Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai meminta Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merangkap Menteri Kewangan menjelaskan sama ada Kerajaan Persekutuan mempertimbangkan konsesi lebuhraya 30 tahun bagi mengelakkan kenaikan kadar tol.

Menurut laporan The Edge, sumber yang enggan dinamakan itu menyebut bahawa kerajaan persekutuan sedang mempertimbangkan langkah tersebut, dan sekiranya diluluskan ia mungkin akan diumumkan dalam dua tahun ini.

“Jika khabar angin ini benar, rakyat akan kecewa dan keliru kerana ia bertentangan dengan janji PH sebelum ini untuk memansuhkan tol di lebuhraya” katanya dalam satu kenyataan semalam

Menurut laporan pada 31 Oktober tahun lalu, bekas Menteri Kewangan Lim Guan Eng janji tol lebuhraya akan dihapus sekiranya PH ambil alih kerajaan pada PRU15.

Janji ini bukan sahaja dijadikan isu utama untuk mereka berkempen dalam PRU-15, malah antara jangkaan pengundi daripada semua lapisan masyarakat terhadap PH.

Kini mempunyai khabar angin mengenai konsesi tol sedia ada mungkin akan dilanjutkan sehingga 30 tahun, Bagaimana Lim Guan Eng ingin menjelaskan tentang laporan ini?
“Dalam politik, ada kalanya perubahan dan penyelarasan perlu dilakukan mengikut pelbagai faktor. Namun, ini tidak bermakna janji pilihan raya sebelum ini boleh diabaikan atau diketepikan.”

“Jika kerajaan ingin melanjutkan konsesi lebuhraya, GERAKAN berharap dapat jawapan yang jelas dan munasabah.
Beliau turut menegaskan bahawa tindakan dan keputusan yang diambil oleh kerajaan perlu mengutamakan hak kepentingan awam.

“Tol telah menjadi perbelanjaan utama dalam kehidupan seharian rakyat sekarang. Janji untuk memansuhkan tol lebuhraya akan membantu meringankan beban rakyat, terutama kumpulan yang berpendapatan rendah” tegasnya.

YB SENATOR DATUK DR. DOMINIC LAU HOE CHAI
PRESIDEN NASIONAL PARTI GERAKAN

胡栋强讥安华上台即降油价

胡栋强讥安华上台即降油价

(槟城11日讯)民政党署理主席胡栋强调侃首相拿督斯里安华,如果没患上选择性失忆症,不该只记得2008年的事,而忘了过后的,甚至是发生在2022年的事!

baca lagi