Siaran Akhbar

GERAKAN soal keputusan Chow Kon Yeow memperkecilkan skop Projek PSI

Mei 11, 2023

Presiden Nasional GERAKAN YB Senator Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai mempersoalkan keputusan Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow yang memperkecilkan skop Projek PSI, adakah pujian pemimpin PH sebelum ini terhadap Projek PSI hanya cakap kosong?

Beliau berkata, Chow Kon Yeow berkali-kali mendakwa Projek PSI telah mendapat sokongan majoriti rakyat Pulau Pinang dan akan mewujudkan 400,000 peluang pekerjaan baharu sebelum ini. Namun, pengumuman baru-baru ini untuk memperkecilkan skop Projek PSI telah menimbulkan persoalan tentang kebenaran dakwaannya sebelum ini.

“Keputusan ini telah menunjukkan bahawa Projek PSI sebenarnya tidak disenangi oleh rakyat dan majoriti rakyat Pulau Pinang juga menentangnya”.

“Dakwaan sokongan Chow Kon Yeow sebelum ini adalah berdasarkan apa? Ataupun ini hanya fantasi Chow Kon Yeow sahaja?”

Dominic Lau yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Pulau Pinang membuat kenyataan di atas dalam satu kenyataan hari ini.

“Sebelum menyebut betapa bagusnya Projek PSI, kenapa nak memperkecilkan skopnya? Kalau betul-betul bagus, kenapa tak kekalkan? Adakah Chow Kon Yeow rasa bersalah, jadi tidak pertahankan Projek PSI lagi?

Beliau berkata, walaupun skop projek itu telah dikecilkan, tetapi GERAKAN tetap menyeru kerajaan negeri Pulau Pinang untuk menepati kehendak rakyat dan membatalkan projek itu.

“Ini bukan sahaja kebimbangan rakyat tentang “Potential environmental impacts” projek penambahan laut, tetapi rakyat juga mempunyai persoalan mengenai dakwaan palsu Chow Kon Yeow terhadap projek ini”.

Beliau menegaskan bahawa keputusan Chow Kon Yeow telah menyebabkan orang ramai mempersoalkan kepada kepimpinan dan ketepatan keputusannya. Sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow sepatutnya memberi tumpuan kepada suara rakyat berbanding kepentingan politiknya sendiri”.

“Keputusan untuk memperkecilkan skop Projek PSI adalah amaran untuk meragui retorik sesetengah ahli politik PH”, tegasnya.