Siaran Akhbar

GERAKAN menyeru Kerajaan memberi bantuan khas kepada penternak-penternak ayam

Mei 25, 2022

GERAKAN menyeru untuk Kerajaan mengambil beberapa pendekatan tambahan supaya bekalan ayam benar-benar cukup memenuhi kehendak rakyat.

Naib Presiden GERAKAN Koo Shiaw Lee berkata, selain ketetapan segera yang diumumkan Kerajaan beberapa pendekatan jangka masa pendek perlu dilaksanakan.

“Sekarang orang ramai benar-benar terhimpit dengan isu ini. Ia termasuk pengguna dan penjual.

“Saya juga sependapat bahawa industri penternakan sebaiknya dibawah kawalan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) agar tidak timbuk isu kartel berkuasa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kerajaan perlu mengambil tindakan tegas terhadap mereka (kartel) yang cuba mengugut Kerajaan. Ini bagi memastikan rakyat tidak dihimpit dengan isu kekurangan bekalan dan kenaikkan harga.

Dalam pada itu, saya mencadangkan agar Kerajaan memberi bantuan khas kepada penternak-penternak dan peniaga-peniaga supaya tidak berisiko menutup operasi disebabkan tekanan kartel.

Kedua jalan penyelesaian yang terbaik adalah dengan mengawal kos dari awal hingga akhir yang dalam masa sama memberikan situasi menang-menang kepada semua pihak.

“Ini kerana semua pihak bermula dari penternak, pemborong, peniaga dan pengguna berada dalam dilema setiap kali berlaku kenaikan bahan makanan itu dan lebih memburukkan keadaan ada yang mengalami kerugian berterusan.

“Selain itu, saya mengharapkan Kerajaan terus konsisten terhadap pemantuan harga bahan mentah di pasaran melalui Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011,” ujarnya.

Ketiga diharapkan kerajaan mengutamakan permintaan dalam negara berbanding pemintaan luar negara.

Kerajaan perlu mula merangka dasar yang lebih komprehensif untuk menangani isu kenaikan harga barangan makanan secara lebih serius.

Koo Shiaw Lee
Naib Presiden merangkap
Ketua Penerangan Parti Gerakan