Slide Join Us Contribute Join Us Contribute

Siaran Akhbar

GERAKAN sambut baik komitmen SPRM untuk mengkaji cadangan TI-M

Jan 30, 2021


Parti Gerakan Rakyat Malaysia menyambut baik komitmen Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk meneliti dan mengkaji cadangan penambahbaikan yang dikemukakan oleh Transparency International Malaysia (TI-M) berkenaan usaha untuk memerangi rasuah di negara ini.

Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia Datuk Dr. Dominic Lau berkata, GERAKAN akan terus memberikan sokongan padu kepada pihak SPRM untuk terus berjuang dalam usaha membanteras jenayah rasuah dan salahguna kuasa secara habis-habisan.

“Walaupun kedudukan Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) bagi tahun 2020 jatuh ke tangga 57 daripada 180 negara berbanding tangga 51 pada 2019. Namun, kami tetap yakin bahawa SPRM akan mengambil langkah-langkah yang sewajarnya untuk mencapai peringkat yang lebih baik pada tahun ini.” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau menegaskan bahawa GERAKAN selalu memupuk serta menerapkan sikap anti rasuah dan tidak akan pernah berkompromi dengan segala jenis rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

“Rekod kami juga telah membuktikan bahawa GERAKAN adalah satu parti politik yang bersih dan jujur. Pemimpin GERAKAN tidak pernah disiasat ataupun dihadapkan ke mahkamah atas kesalahan rasuah.”

Beliau berkata, selama 39 tahun pemerintahan GERAKAN di Pulau Pinang, tidak ada seorang pun pemimpin GERAKAN yang terlibat dalam kes rasuah. Ini membuktikan bahawa GERAKAN adalah sebuah parti yang berintegriti tinggi dan berdedikasi dalam setiap perjuangannya yang berlandaskan kesejahteraan serta kepentingan rakyat.

Beliau juga mengingatkan semua ahli Parti GERAKAN agar menanam tekad dan keazaman untuk bersama-sama membasmi gejala rasuah dan semua jenis penyelewangan yang berkaitan dengannya.