Siaran Akhbar

GERAKAN sedang aturkan pertemuan dengan Bank Negara, selesaikan masalah kecurian

Jun 8, 2022

Kes mengenai kad kredit dan wang simpanan yang dicuri semakin berleluasa di negara kita. Namun, Bank Negara masih belum mengambil tindakan. Oleh itu, Parti Gerakan akan mengatur mesyuarat dengan pengurusan kanan Bank Negara supaya dapat membincangkan langkah untuk melindungi harta pelanggan dan memulihkan keyakinan rakyat terhadap industri perbankkan.

Presiden Nasional Parti Gerakan, YB Senator Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai berkata bahawa kecurian kad kredit dan wang simpanan yang kerap berlaku sudah menyebabkan ramai orang mengurangkan keyakinan terhadap keselamatan sistem perbankan.

“Kami sedang mengatur mesyuarat tersebut dan berharap mendapat tindak balas daripada Bank Negara secepat mungkin.”

“Apa yang kami mahukan adalah mengurangkan kes penipuan ini. Kami juga akan membentangkan beberapa cadangan yang sesuai untuk membantu Bank Negara menyelesaikan masalah ini.”

Beliau membuat kenyataan di atas dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau menjelaskan, kes penipuan kerap berlaku di negara kita dan ia sekaligus menimbulkan kerisauan terhadap orang ramai kerana dikhuatiri turut menjadi mangsa.

Parti Gerakan berharap Kerajaan dan Bank Negara mengambil tindakan segera dan menetapkan standard yang lebih ketat supaya dapat menjamin keselamatan harta rakyat.

Dalam pada itu, Dominic Lau turut mengingatkan Bank Negara perlu bekerjasama dengan pihak polis bagi menangani masalah ini.

Malahan rakyat juga perlu berwaspada jangan memberi apa-apa kata laluan sekiranya terdapat panggilan yang tidak diketahui kesahihannya. Selain itu jangan sesekali memuat naik aplikasi yang tidak diketahui atau berdaftar dengan aplikasi google.