Siaran Akhbar

GERAKAN sedang membuat persediaan bagi menghadapi PRN akan datang

Jan 14, 2023

Presiden Nasional Parti Gerakan Rakyat Malaysia YB Senator Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai berkata Perikatan Nasional telah membuat persediaan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri akan datang.

“Sebelum Pilihan Raya Negeri, kesemua ahli Perikatan Nasional akan dijemput untuk mengadakan sambutan setiap perayaan bersama.”

“Setiap program yang akan dilakukan untuk mengeratkan kerjasama diantara ketiga-tiga parti. Ia akan akan merapatkan hubungan dengan pengundi agar dapat kepercayaan dan sokongan daripada rakyat.”

“Parti GERAKAN akan berjumpa dengan setiap pemimpin di enam negeri dalam masa yang terdekat bagi membincangkan strategi untuk Pilihan Raya Negeri akan datang.”

Dominic Lau membuat kenyataan di atas hari ini selepas Mensyuarat Ahli Jawatankuasa Pusat.

Selain itu, Dominic berkata, pembahagian kerusi di enam negeri akan didakan tidak lama lagi, namun kita akan tetap melihat semula keputusan Pilihan Raya Umum yang ke-15 bagi membincangkan di mana kita akan bertanding

Akhir sekali, Dominic Lau menjemput rakan-rakan media untuk hadir ke Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Perikatan Nasional 2023 yang berlangsung pada 22 Januari 2023 (Ahad). Dalam pada masa yang sama, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Tuan Guru Hadi Awang, bersama Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai akan hadir pada hari tersebut bagi menyambut Tahun Baru Cina bersama.

YB SENATOR
DATUK DR. DOMINIC LAU HOE CHAI
PRESIDEN NASIONAL PARTI GERAKAN