Siaran Akhbar

GERAKAN sedang membuat persiapan rapi bagi menghapi pilihan raya negeri

Feb 18, 2023

Parti Gerakan Rakyat Malaysia (GERAKAN) sedang membuat persediaan rapi bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) yang dijangka pembubaran Parlimen akan berlaku pada Mei dan Jun ini.

Presiden GERAKAN YB Senator Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai berkata, arahan telah diberikan kepada pengerusi-pengerusi negeri yang terlibat untuk menghantar senarai nama untuk dicalonkan pada PRN nanti.

“Pengerusi negeri mesti hantar nama bakal calon itu delewat-lewatnya 28 Februari ini kepada pusat untuk membuat tapisan dan penilaian.

“Selepas itu bakal calon ini akan diberikan latihan yang progresif bermula bulan March sehingga Mei sebagai persedian untuk menghadapi PRN,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat ahli jawatankuasa pusat hari ini

Dalam pada itu, GERAKAN telah membuat keputusan untuk melantikan Speaker GERAKAN, Datuk Dr. Asharuddin Ahmad selaku Pengerusi Pemilihan Calon dan Naib Presiden GERAKAN Koo Shiaw Lee dilantik sebagai Ketua Pengarah pada PRN kali ini.

Pada masa yang sama, negeri-negeri yang tidak terlibat diberi tanggungjawab untuk membantu negeri-negeri yang akan bertanding pada PRN akan datang.

“Contohnya Pahang akan membantu Kelantan dan Terengganu. Sebelah utara Pulau Pinang dibantu oleh Perak.

“Manakala Melaka akan bantu Kedah, Wilayah Persekutuan akan bantu Selangor. Terakahir belah Selatan Negeri Sembilan akan dibantu oleh Johor,” jelasnya.

Selain itu, Dominic menambah, bekas-bekas calon Pilihan Raya Umum dan PRN Melaka serta Johor akan turut dipertanggungjawabkan untuk membantu negeri-negeri yang terlibat.

Dalam pada itu, Dominic lau mengulas insiden ‘mengamuk’ yang berlaku di Hospital Serdang baru-baru ini dan menggesa Menteri Kesihatan untuk menunaikan janji untuk menyelesaikan isu doktor kontrak seperti mana dalam Tawaran Pakatan Harapan sebelum ini.

“Jangan asyik memberi alasan kerana apa yang rakyat mahukan adalah tunaikan janji. Bukannya alasan-alasan semata-mata,” tegasnya.

7个月过去了 搜寻MH370重启行动呢?

7个月过去了 搜寻MH370重启行动呢?

  民政党全国主席拿督刘华才博士询问团结政府,是否已经与美国海底探测公司“海洋无限”(Ocean Infinity)代表会面?让遇难者家属了解恢复搜寻MH370的最新进展。 他说,交通部长陆兆福在今年3月初出席MH370失联10周年纪念活动上曾保证,会尽一切努力说服内阁成员,与“海洋无限”签署“无效果,不收费”的协议,以尽快重启搜寻行动。然而,陆部长在做出上述保证后就没有在告诉大家进一步详情和进展。...

baca lagi