Siaran Akhbar

GERAKAN Selar Pengumuman Peruntukan Terpilih Kerajaan Di Sungai Bakap

Jun 12, 2024

KENYATAAN MEDIA
12 JUN 2024

GERAKAN Selar Pengumuman Peruntukan Terpilih Kerajaan Di Sungai Bakap

Parti Gerakan Rakyat Malaysia (GERAKAN) mengambil serius pengumuman menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Sungai Bakap oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) YB Nga Kor Ming. Dilaporkan peruntukan diberikan hampir RM18 juta dalam sebuah majlis Sentuhan Kasih semalam.

Presiden Nasional GERAKAN YB Senator Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai berkata, tindakan ini juga boleh dianggap sebagai usaha membeli undi dengan alasan menjalankan tanggungjawab yang ada serta pengaruh yang tidak wajar kerajaan terhadap pengundi Sungai Bakap yang bakal membuang undi pada 6 Julai depan.

Selain itu, Perdana Menteri Anwar Ibrahim juga mengambil kesempatan sempena Hari Raya AidilAdha dengan pemberian gula-gula sebanyak RM290,000 kepada pengundi Sungai Bakap dengan harapan dapat merampas kerusi DUN tersebut.

Kerajaan Madani dilihat sangat kebal kerana pelanggaran demi pelanggaran terhadap etika pilihan raya telah di buat ia bermula daripada PRK KKB dan kali ini PRK Sungai Bakap. Perbuatan terkutuk ini dibuat demi mengekalkan kuasa dan jawatan.

Dengan mentaliti ini, eksploitasi politik wang berasaskan kepentingan parti berterusan, menjadi norma harian Kerajaan Madani. Ini menyebabkan ketidaksamaan yang lebih besar dalam gelanggang pilihanraya antara pembangkang dan kerajaan.

GERAKAN menggesa Kerajaan menghentikan amalan tidak beretika ini yang bercanggah dengan prinsip perlawanan politik atas padang yang sama rata dalam pilihan raya.

Oleh yang demikian, GERAKAN menegaskan supaya mewujudkan sebuah garis panduan yang menyeluruh berkenaan etika kerajaan sementara dan kerajaan bukan sementara semasa tempoh pilihan raya sebaik sahaja terdapat pembubaran Parlimen/DUN.

Penting untuk diingatkan bahawa nasib dan kemajuan rakyat Malaysia kini dipegang oleh seorang pemimpin bukan berakal dan tidak berjiwa rakyat. GERAKAN berharap semua rakyat memberi isyarat jelas kepada Perdana Menteri dan kabinet beliau yang sama sekali tidak berfungsi sehingga hari ini.

Pengundi Sungai Bakap perlu introspeksi dan bertanya kepada diri sendiri, adakah Kerajaan Madani mampu menjaga seperti perkhidmatan terbaik yang telah dibuat oleh bekas ADUN Sungai Bakap daripada Perikatan Nasional.

YB Senator
Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai
Presiden Nasional GERAKAN

昌明政府卖掉马来西亚城以减少国债。

昌明政府卖掉马来西亚城以减少国债。

民政党全国主席拿督刘华才博士要求首相安华说明,我国2024年新债务从预算中的860亿令吉减少至768亿令吉,是不是因为政府出售大马城获得120亿令吉才促成国债缩减? 他说,政府有必要告诉民众政府是通过什么方式削减新债务,因为大家都晓得财政部以约120亿令吉的价格,将大马城出售给KLCC(控股)私人有限公司。巧的是,这120亿令吉正巧“填补了”政府借贷减少的92亿令吉。...

baca lagi