Siaran Akhbar

GERAKAN Seru KKM Atur Suntikan Vaksin Ketiga Kepada Warga Emas

Sep 10, 2021

Presiden Nasional Parti GERAKAN, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai menyeru Kementerian Kesihatan untuk mengatur suntikan vaksin ketiga bagi orang tua yang berusia lebih 60 tahun secepat mungkin untuk mencegah virus Delta yang lebih menular supaya melindungi nyawa mereka.

Beliau mengatakan bahawa berdasarkan data penyelidikan yang diumumkan oleh Organisasi Penyelenggaraan Kesihatan di Israel, iaitu HMO Maccabi, dos vaksin ketiga adalah 86% berkesan pada orang tua yang berusia lebih dari 60 tahun, dan juga mempunyai kesan perlindungan terhadap virus varian Delta.

“Dalam bulan yang lalu, Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) di Amerika telah secara rasmi meluluskan dos vaksin ketiga untuk orang dengan sistem imun yang lemah. Pada masa ini, sudah ada 10 negara telah mula memberikan dos ketiga kepada rakyat mereka, termasuk Israel, Jerman, United Kingdom, Kanada, Kemboja dan bahkan negara jiran kita Singapura juga akan memberi dos ketiga kepada orang tua yang telah mencapai usia 60 tahun dan telah menerima 2 dos vaksin selama 6 hingga 9 bulan.”

Beliau menunjukkan bahawa orang tua masih merupakan golongan berisiko tinggi terhadap jangkitan virus varian Delta, jadi kerajaan harus memberi keutamaan kepada orang tua terlebih dahulu, terutama orang tua yang tinggal di pusat jagaan supaya mereka dapat menerima dos ketiga secepat mungkin.

“Menurut statistik Kementerian Kesihatan negara kita, antara kematian yang berlaku pada orang yang divaksin, 81% mempunyai komorbiditi dan 80% daripada mereka adalah warga emas yang berusia lebih dari 60 tahun. Statistik itu membuktikan bahawa orang tua yang berusia lebih dari 60 tahun adalah golongan yang berisiko paling tinggi. Oleh itu, suntikan ketiga menjadi amat penting bagi mereka.”

Beliau mengatakan bahawa ketika kerajaan membuka pelbagai sektor ekonomi secara beransur-ansur, strategi untuk memberikan suntikan ketiga kepada golongan yang berisiko menjadi amat penting untuk mengekalkan keadaan pemulihan ekonomi negara kita. Sekarang Malaysia tidak lagi dapat menanggung kesan gelombang wabak baru.

Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai
Presiden Nasional GERAKAN

昌明政府卖掉马来西亚城以减少国债。

昌明政府卖掉马来西亚城以减少国债。

民政党全国主席拿督刘华才博士要求首相安华说明,我国2024年新债务从预算中的860亿令吉减少至768亿令吉,是不是因为政府出售大马城获得120亿令吉才促成国债缩减? 他说,政府有必要告诉民众政府是通过什么方式削减新债务,因为大家都晓得财政部以约120亿令吉的价格,将大马城出售给KLCC(控股)私人有限公司。巧的是,这120亿令吉正巧“填补了”政府借贷减少的92亿令吉。...

baca lagi