Siaran Akhbar

GERAKAN seru rakyat berdoa negara pulih dari wabak COVID-19

Nov 1, 2020

Teluk Intan, 1 November – Parti Gerakan Rakyat Malaysia (PGRM) mengadakan Kempen “Gerakan Perihatin Doakan Malaysia” untuk menyatukan rakyat dari semua agama dan kaum berdoa untuk negara yang tercinta ini.

Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai berkata,kempen tersebut sejajar dengan titah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang mengajak seluruh rakyat untuk berdoa semoga Malaysia sentiasa dirahmati dan dilindungi dari segala bentuk ancaman, serta penularan COVID-19 ini dapat dibanteras dengan berkesan dan diakhiri dengan segera.

“Hari ini kita telah melawat beberapa tokong,gereja serta kuil di Teluk Intan, termasuk tokong Hock Soon Keong, Kuil Sri Thendayuthapani, gereja St Luke dan Persatuan Buddhist Hilir Perak.”

Beliau juga menekankan bahawa pada masa yang kritikal ini, tiada apapun yang lebih penting daripada nyawa rakyat.Oleh itu, semua pihak mesti akur titah Yang di-Pertuan Agong  untuk berhenti bertelagah dan mengutamakan kesejahteraan rakyat dan negara.

Beliau menyeru Parti Pembangkang dapat memberi lebih banyak cadangan yang konstruktif dan demi rakyat, jangan sengaja menentang sebarang dasar yang boleh memanfaatkan rakyat yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan.

“Marilah kita semua ketepikan segala perbezaan pandangan dan berdoa bersama-sama semoga semua rakyat Malaysia dilindungi daripada COVID-19 dan ekonomi negara kita dapat pulih dalam masa yang secepat mungkin.”