Siaran Akhbar

GERAKAN soal tindakan Anwar cabar pembangkang bawa usul tak percaya di Dewan Rakyat

Jan 12, 2024

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mencabar pembangkang untuk membawa usul tidak percaya di Dewan Rakyat jika mahu menumbangkan kerajaan.

Ketua Pemuda GERAKAN Johor, Teo Jin Wei menyoal, adakah Anwar Ibrahim benar-benar faham akan implikasinya? Sekiranya Anwar tidak mempunyai nombor seperti yang diwar-warkan sebelum ini ‘I have a number’. Anwar bukan sahaja akan jadi mantan Perdana Menteri Malaysia, malah mencipta rekod perdana menteri bersara paling awal.

Seperti mana yang umum diketahui, Perikatan Nasional mempunyai kebolehan dan kecekapan dalam memerintah Kerajaan. Ia terbukti dalam pengurusan COVID19 dan kebangkitan semula ekonomi negara pasca pandemik.

“Ingat tak semua, pada awal tahun 2020, ketika wabak COVID-19 sedang merebak pantas, kerajaan Pakatan Harapan meletak jawatan pada waktu yang sangat kritikal, menyebabkan seluruh jentera negara tidak stabil?”

“Tan Sri Muhyiddin Yassin bertindak pantas, memikul tanggungjawab sebagai perdana menteri dan seterusnya melancarkan jentera melawan pandemik, mengutamakan rakyat melalui agenda prihatin dan menekankan kestabilan sektor ekonomi” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pendapat Jin Wei, kalau benar-benar takut kepada keadaan semasa, berkemungkinan tiada jumlah yang sepatutnya, GERAKAN cadangkan panggil dewan bersidang dengan segera. Buktikan kepada rakyat, itulah cara demokrasi yang kita mahukan.

Teo Jin Wei
Ketua Pemuda GERAKAN Johor
Parti Gerakan Rakyat Malaysia