Siaran Akhbar

GERAKAN sokong kenyataan mantan Pengerusi Bersih

Ogo 1, 2024

GERAKAN dengan tegas menyokong kenyataan mantan Pengerusi BERSIH Ambiga Sreenevasan mengenai pentadbiran diktator yang diamalkan oleh Kerajaan Madani hari ini.

GERAKAN berpendapat Ambiga dengan jelas menyuarakan kebimbangan tentang cara pentadbiran kerajaan yang semakin autokratik dan menindas kebebasan bersuara serta hak asasi manusia di Persekutuan Malaysia.

“Realiti sebenar yang dihadapi oleh rakyat Malaysia memang sukar dek kerana sikap ketidakadilan dalam tadbir urus media sosial dengan tidak membenarkan orang ramai terutama parti lawan yang mengkritik atau meluahkan rasa tidak puas hati terhadap pentadbiran semasa”

GERAKAN percaya bahawa kritikan konstruktif terhadap kerajaan adalah asas penting dalam memastikan demokrasi yang sihat dan berfungsi.

Oleh itu GERAKAN menggesa semua pihak untuk mengambil serius kenyataan bekas pengerusi BERSIH tersebut dan melakukan introspeksi terhadap tindakan dan polisi yang dilaksanakan. Malaysia memerlukan kepimpinan yang telus, adil, dan menghormati prinsip-prinsip demokrasi.

GERAKAN akan terus berdiri teguh dalam menyokong hak kebebasan bersuara dan akan memperjuangkan keadilan serta demokrasi untuk semua rakyat Malaysia.

TIMBALAN KETUA PEMUDA GERAKAN
Lee Boon Shian