Siaran Akhbar

GERAKAN sokong keputusan PN untuk mencadangkan Saarani sebagai calon MB baharu

Dis 9, 2020

Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) hari ini menyatakan sokongan penuh terhadap setiap keputusan yang diambil oleh Perikatan Nasional (PN) Negeri Perak dalam usaha menyelesaikan kemelut politik di negeri itu, ia termasuk mencadangkan Adun Kota Tampan, YB Datuk. Saarani Mohamad sebagai calon menteri besar.

Presiden Nasional Parti Gerakan Rakyat Malaysia, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai berkata, pendirian Gerakan adalah untuk menyokong Perikatan Nasional yang dipimpin oleh YAB Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Sebelum ini, dalam usul undi percaya yang dikemukakan dalam Dewan Undangan Negeri Perak minggu lalu, Adun Gerakan, YB A Sivasubramaniam (Buntong) telah mewakili sokongan parti dengan menyokong usul tersebut.

“Parti Gerakan menyokong penuh segala formula yang diputuskan oleh kepimpinan Perikatan Nasional termasuk memberi sokongan kepada calon menteri besar baru yang dipersetujui oleh PN. Kami juga berharap kemelut politik di Perak dapat diselesaikan.,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau juga menekankan bahawa setelah krisis politik diselesaikan, kerajaan negeri Perak yang baru perlu fokus semula dalam usaha memulihkan ekonomi negeri, bekerjasama dengan Pusat dalam membendung wabak pandemik Covid-19 dan membantu rakyat mengatasi cabaran pada masa kini .

Dia juga memuji mantan menteri besar, Datuk Seri Ahmad Faisal Azumu yang menunjukkan kematangan politik yang penuh hormat dan sopan selepas gagal melepasi usul ‘undi percaya’ terhadap kepimpinannya.

Setelah mengetahui bahawa dia telah gagal mendapat sokongan Ahli Dewan Undangan Negeri, beliau mengundurkan diri untuk mengelakkan sebarang pilihan raya negeri mengejut.

Dilihat PAC lebih berfungsi daripada menteri kabinet Anwar

Dilihat PAC lebih berfungsi daripada menteri kabinet Anwar

Presiden Nasional GERAKAN, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai, berkata Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) lebih proaktif dalam menangani isu kenaikan kos insurans perubatan berbanding Kabinet. Adakah Perdana Menteri mahu PAC menggantikan tugas menteri dalam...

baca lagi