Slide Join Us Contribute Join Us Contribute

Siaran Akhbar

GERAKAN tak pernah bincang mahu keluar dari PN

Jan 18, 2023

Setiausaha Agung Parti Gerakan Rakyat Malaysia (GERAKAN) Mak Kah Keong menafikan spekulasi parti itu akan keluar daripada Perikatan Nasional (PN) kerana bimbang sekiranya mereka kekal dalam PN maka akan hilang peluang untuk memenangi semula kerusi di Pulau Pinang.

Mak berkata, kenyataan yang dikeluarkan oleh Pemimpin Gerakan Kelantan, Ong Khang Woon bahawa pihak tertentu di dalam GERAKAN ingin parti mereka keluar dari PN kerana ada pergolakan itu tidak benar.

“Itu hanya spekulasi dibuat-buat. GERAKAN tidak pernah menyatakan hasrat seperti itu. Isu ini tidak pernah bangkit dalam mana-mana perbincangan dalam GERAKAN. Kami tetap setia bersama PN.

“Ini semua fitnah yang sengaja di dibuat oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Saya tidak tahu apa motif mereka” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau menegaskan tiada sebarang pihak ataupun pemimpin GERAKAN yang tidak berpuas hati terhadap pimpinan dibawah Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sekarang GERAKAN hanya fokus kepada persedian dalam Pilihan Raya Negeri yang akan datang bukannya isu bangsa dalam PN.

GERAKAN berharap agar pemimpin-pemimpin PN iaitu rakan seperjuangan PAS dan BERSATU tidak mudah percaya dengan hasutan murahan ini.

Dalam pada itu, GERAKAN mengingatkan semua pimpinan parti untuk tidak mengeluarkan kenyataan atau tindakan yang boleh merosakkan hubungan yang terjalin dalam PN.

MAK KAH KEONG
SETIAUSAHA AGUNG GERAKAN