Siaran Akhbar

GERAKAN tuntut penjelasan kerajaan memperbaharui lesen Lynas

Okt 25, 2023

Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (LPTA) telah mengumumkan pembaharuan lesen operasi syarikat pemprosesan nadir bumi LYNAS di Malaysia sehingga 2 Mac 2026. Setiausaha Agung Parti Gerakan Rakyat Malaysia, Loh Kah Yong, menyindir kenyataan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming yang sebelum ini mendakwa kilang memproses nadir bumi Lynas akan menamatkan operasi di Malaysia, membuktikan PH akhirnya menepati janji mereka setelah mengambil alih pentadbiran Kerajaan Persekutuan.

Sebelum ini apabila Lynas mengumumkan akan menghentikan operasi di Malaysia, ramai rakyat Malaysia terutamanya organisasi alam sekitar menyambut baik. Namun akhirnya, mereka menyedari itu adalah penipuan dan agenda yang dibuat oleh Kerajaan Pakatan Harapan.

“Sebaliknya, Lynas tetap beroperasi, malah memperbaharui syarat-syarat operasi Lynas meliputi membenarkan import bahan mentah yang mengandungi bahan radioaktif  semula jadi (NORM) dan membenarkan aktiviti Cracking & Leaching (C&L) sehingga tamat tempoh sah lesen itu pada 2026.“

“Sebelum ini Lynas telah memutuskan untuk menutup operasinya di Malaysia, tetapi kini kerajaan membenarkan mereka mengekalkan kemudahan retak dan larut lesapnya di Gebeng, Kuantan. Kita perlu tahu kenapa kerajaan tiba-tiba mengubah pendirian mereka” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau juga meragui kenyataan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Chang Lih Kang yang mengatakan kerajaan menetapkan syarat baharu bagi membolehkan Lynas terus beroperasi di negara ini kerana ‘teknologi baharu’ itu boleh diekstrak keluar bagi memastikan sisa radioaktif dari aktiviti pemprosesan nadir bumi dapat dineutralkan.

“Saya hairan apa teknologi baharu yang dimaksudkan? Adakah teknologi baharu ini baru sahaja diciptai? Walhal pada 9 Mei lalu, menteri tersebut bertegas menyuruh Lynas memindahkan kemudahan retak dan larut lesap sebelum 31 Disember dan menegaskan ini adalah kali terakhir kerajaan memperbaharui lesen Lynas.”

Sehubungan dengan itu, beliau menggesa MOSTI dan Menteri YB Chang Lih Kang untuk menjelaskan dengan lebih terperinci mengenai “teknologi baharu” itu yang didakwa boleh memastikan sisa radioaktif dari aktiviti pemprosesan nadir bumi dapat dineutralkan.

LOH KAH YONG
Setiausaha Agung
Parti Gerakan Rakyat Malaysia

昌明政府卖掉马来西亚城以减少国债。

昌明政府卖掉马来西亚城以减少国债。

民政党全国主席拿督刘华才博士要求首相安华说明,我国2024年新债务从预算中的860亿令吉减少至768亿令吉,是不是因为政府出售大马城获得120亿令吉才促成国债缩减? 他说,政府有必要告诉民众政府是通过什么方式削减新债务,因为大家都晓得财政部以约120亿令吉的价格,将大马城出售给KLCC(控股)私人有限公司。巧的是,这120亿令吉正巧“填补了”政府借贷减少的92亿令吉。...

baca lagi