Siaran Akhbar

Gesa Kerajaan ajar rakyat memahami agama persekutuan selain adakan program ziarah gereja

Mei 18, 2023

Kerajaan Perpanduan selain rajin buat program ziarah jom ke gereja, jangan lupa mengajar rakyat memahami agama persekutuan kita.

Setiausaha Agung Parti Gerakan Rakyat Malaysia Mak Kah Keong berkata, berkenaan kes laungan azan di Pulau Pinang Kerajaan Campuran sepatutnya lebih peka mengenai perkara ini kerana ia boleh membawa kepada isu perkauman.

“Seruan saya agar Kerajaan Campuran berusaha lebih untuk mendidik rakyat Malaysia menghormati agama persekutuan dan juga agama-agama lain.

“Jangan berusaha jom ke gereja sahaja tanpa memberi kefahaman tentang agama Islam adalah agama Persekutuan.Ini adalah tanggungjawab Kerajaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Mak, apa yang beliau difahamkan, laungan azan adalah syiar Islam, memang perlu menggunakan pembesar suara untuk kuat, kecuali ceramah atau mengaji.

Mak yang juga seorang peguam negara memberitahu, untuk memelihara keharmonian antara kaum di negara ini Kerajaan perlu mengambil tindakan mewartakan laungan azan dan iqamat di masjid atau surau.

“Dengan ada undang-undang mungkin lebih mudah untuk kawal tapi, andai diwarta pun ada yang tidak faham. Maksudnya masyarakat di negeri atau dikawasan tersebut tidak wujudkan suasana untuk faham memahami dan hormat menghormati,” tegasnya.

MAK KAH KEONG
TIMB.PENGERUSI PERIKATAN NASIONAL WP
MERANGKAP SETIAUSAHA AGUNG GERAKAN