Slide Join Us Contribute Join Us Contribute

Siaran Akhbar

Gesa kerajaan benarkan pelajar universiti pulang

Apr 11, 2020

Seperti yang dijangka oleh semua, Perdana Menteri telahpun mengumumkan untuk melanjutkan tempoh PKP sehingga 28 April. Rata-rata semua telahpun bersedia dan akur dengan pelanjutan ini.

Difahamkan, untuk memastikan rangkaian Covid-19 terus terputus, sesi persekolahan turut ditangguhkan untuk sementara waktu. Seiring dengan itu, penuntut-penuntut yang masih tinggal di universiti perlu dibenarkan pulang kerana sesi pembelajaran tidak boleh diadakan di kampus melainkan di atas talian sahaja.

Oleh yang demikian, Parti Gerakan Rakyat Malaysia menyarankan kerajaan untuk mempertimbangkan penghantaran pulang pelajar universiti secara berperingkat.

Proses membawa pulang haruslah disertakan dengan pengamalan penjarakan sosial demi mengurangkan risiko penyebaran wabak.

Di samping itu, Parti Gerakan Rakyat Malaysia mengesyorkan saringan kesihatan dilakukan ke atas mereka sebelum dibenarkan pulang. Kaedah ini dapat mengurangkan risiko penyebaran wabak tatkala mereka kembali ke pangkuan keluarga.

Untuk mengelakkan himpunan besar-besaran berlaku dalam proses membenarkan pelajar pulang, kerajaan perlu mewujudkan pelan perjalanan mengikut zon bagi mengelakkan pertambahan pergerakan orang ramai.

Sehubungan itu, Parti Gerakan Rakyat Malaysia menyarankan seorang sahaja ahli keluarga dibenarkan untuk menjemput mereka pulang. Ini kerana semua rakyat tertakluk dengan Perintah Kawalan Pergerakan yang tidak membenarkan himpunan orang ramai berlaku dalam tempoh tersebut.

Pengamalan pengurusan sedemikian perlu dilaksanakan bagi membolehkan proses penghantaran ini berlangsung dengan lancar.

华人还会相信吗?

华人还会相信吗?

祖国斗士党署理主席拿督斯里慕克里兹表示不排除,马哈迪和公正党主席安华可能在下届大选合作.

baca lagi